Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sanggup Ke Thailand Untuk Makan Cengkerik, Ramai Geli Lihat Aksi Berani Lelaki Ini

Sanggup Ke Thailand Untuk Makan Cengkerik, Ramai Geli Lihat Aksi Berani Lelaki Ini

Kategori:
makan cengkerik

Setiap negara mempunyai hidangan unik masing-masing. Perkara yang pelik dan luar biasa pada diri kita mungkin kelihatan biasa bagi beberapa orang.

Di negara luar seperti China, Thailand, Vietnam dan lain-lain; serangga dan biawak menjadi makanan harian buat masyarakat di sana. Namun bagi kita yang tidak terbiasa, perkara itu sangat menggelikan.

Namun, ada juga beberapa individu yang berani untuk mencuba makanan eksotik negara lain sehingga sanggup ke negara tersebut.

Sanggup Ke Thailand Untuk Makan Cengkerik, Ramai Geli Lihat Aksi Berani Lelaki Ini

Terbaharu, seorang lelaki arip.ye telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi pengalaman ngerinya ketika cuba makan cengkerik di Thailand.

Melancong ke negara tersebut, lelaki itu teruja untuk menikmati suasana sambil mencuba pelbagai makanan sedap di sana.  makan cengkerik

Antara yang ingin dicubanya adalah serangga goreng yang dijual di pasar malam. Menemui hidangan itu, dia memilih untuk mencuba cengkerik goreng.

Walaupun orang lain mungkin akan berasa geli dengan hidangan tersebut, dia bagaimanapun kelihatan tenang dan tidak gentar. makan cengkerik

Setelah dicuba, menurutnya cengkerik goreng itu mempunyai rasa yang sangat ranggup dan rasa sama dengan keropok masin. makan cengkerik

Tambahnya juga, cengkerik juga sangat tinggi dengan protein, menjadikannya makanan yang bagus untuk diambil.

@arip.ye Siapa yg nak pergi Thailand ? Anda kena try ni! 🤪 #travel #tiktok #thailand #fyp #fypmalaysia #exotic ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio

Menjengah di ruangan komen, orang ramai terkejut melihat tindakan lelaki itu. Berani makan cengkerik, jika mereka berada di tempatnya tentu tak akan berani mencuba hidangan itu.

“Tengok cengkerik pun takut, lagi nak makan. Ampun!”, kata LelaSham.

Manakala komen isterihebat pula; “Ku buat mengail ikan puyu je cengkerik. Idok la nak makan.”.

Berani Cuba Cengkerik, Ramai Pula Yang Tak Sanggup makan cengkerik makan cengkerik

Bila kita di negara lain, sudah tentu kita berminat untuk cuba makanan eksotik yang ada. Walaupun begitu, tak semua orang berani untuk berbuat begitu.

Kredit: arip.ye

Baca Juga: Beli Ikan Sardin Tapi Isinya Lain Macam. Ramai Nasihat Untuk Elak Beli Jenama Dari Negara..

tags: | | |