Sewaktu cuti, ramai di antara kita yang akan mengisi waktu dengan mencuba aktiviti baru. Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik di tempat rekreasi berhampiran.
Di tapak air terjun atau sungai berhampiran anda, rekreasi sungai diadakan pada musim cuti bagi menarik pegunjung. Antara aktiviti yang digemari ramai adalah memberi ikan makan dalam sungai.
Walaupun ikan-ikan tersebut kelihatan ‘jinak’ dan tidak membahayakan, namun orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada kerana perkara yang terjadi pada wanita ini mungkin akan menimpa anda juga.
Terbaharu, seorang wanita syahighah telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi detik cemas yang telah menimpa ke atas dirinya sewaktu sedang seronok bercuti.
Beriadah di pusat rekreasi sungai yang berhampiran, dia mengisi waktu dengan mencuba aktiviti memberi ikan sungai makan. Mengambil makanan ikan yang telah disediakan, dia menghulurkan tangan untuk memberi ikan-ikan sungai itu makan.
Namun baru sahaja meletakkan tangan di dalam air sungai, wanita itu tak sangka pula ikan-ikan yang ada akan mula menyerangnya. Mengigit jarinya kerana menyangka makanan, dia panik dan mula menggelupur.
Tak lama selepas itu, wanita itu berjaya melepaskan diri dari kecaman ikan-ikan itu dan berasa lega, hampir tercabut jantung gara-gara kejadian tersebut.
@syahighah Lah ghisau jari wehh
@syahighahLah ghisau jari wehh♬ suara asli – cintaulamadanhabaib – nasehatulamadanhabaib
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat peristiwa tersebut turut berasa seram. Tambahan, perkara yang sama turut terjadi pada seorang pengguna MeowOrange; “Memang teriak lepas tu dan tak buat dah. Taubat lahum tak mahu buat dah!”.
Selepas berlaku kejadian ini, sudah tentu kita juga akan berasa gerun untuk mencuba aktiviti ini, kan? Tapi jangan risau, ikan itu tidak merbahaya dan nasib baik tiada perkara yang lebih buruk menimpa wanita itu. Semoga selamat semuanya.
Kredit: syahighah