Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Doktor Kongsi 10 Jenis Makanan Untuk Anak Ada Asthma, Boleh Dapat Perubahan Positif Ketara

Doktor Kongsi 10 Jenis Makanan Untuk Anak Ada Asthma, Boleh Dapat Perubahan Positif Ketara

Kategori: ,
10 jenis makanan untuk anak ada asthma

Bagi ibu bapa yang sedang risau kerana anak-anak menghidap penyakit asthma. Mungkin perkongsian ini akan bermanfaat buat kalian. Seorang doktor perubatan Mazliana Mazlan yang juga doktor terkenal di media sosial sering berkongis tentang pemakanan kanak-kanak.

Pada kali ini, dia berkongsi bagaimana pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan anak-anak yang menghidap penyakit asthma ini di laman Facebooknya. Jadi dia berkongsi 10 makanan untuk anak-anak yang ada asthma makan.

“Tak ada satu pun dari makanan ni, yang terus boleh hilangkan asthma anak sebenarnya. Tapi jika kita ubah sikit diet anak, banyakkan makanan real food macam ni, kurangkan sebanyak mungkin makanan ultra proses, insyaAllah kita akan nampak perubahan yang sangat ketara,” katanya dalam pekrongsian 10 jenis makanan untuk anak ada asthma berkenaan.

Doktor Kongsi 10 Jenis Makanan Untuk Anak Ada Asthma, Boleh Dapat Perubahan Positif Ketara

  1. epal 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  2. oren 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  3. delima 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  4. kacang almond 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  5. ikan  10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  6. halia 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  7. kunyit 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  8. bayam 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  9. tomato 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  10. carrot 10 jenis makanan untuk anak ada asthma
  • Semua real food yang hanya 1 bahan je. Masukkan dalam menu harian dan mingguan anak-anak. Real food macam ni, boleh kurangkan radang pada paru-paru dan tubuh anak. Asthma kurang nak menyerang, atau kalau datang, insyaAllah cepat sembuh.
  • Syaratnya, ultra processed food kena tinggal dulu. Sebanyak mana pun makanan sebenar yang sihat kita bagi anak, tapi kalau hari-hari anak masih ambil makanan tinggi proses, tetap juga asthma anak akan susah nak sembuh.
  • Makanan boleh jadi baja untuk tubuh anak. Makanan jugak boleh jadi racun untuk tubuh anak.
Tugas kita kan, nak pilih yang mana. Kita buat sama-sama ya, moga Allah berikan petunjuk untuk kita pilih yang baik-baik buat anak. Semoga perkongsian ini beroleh manfaat buat semua. Selamat membaca perkongsian 10 jenis makanan untuk anak ada asthma mengamati dan mengamalkannya.
tags: | |