Rata-rata penggemar laksa sememangnya menginginkan kuah pekat yang sedap supaya rasa menjadi lebih mantap. Kalau dapat kuah yang cair, mesti tahap kemantapan laksa dan kepaduan dia berkurang kan?
Hidangan laksa yang terkenal di negerii dari Utara terutama Kedah ni sudah mendapat tempat di hati semua rakyat Malaysia serata negeri. Sebab itu di mana-mana pun sekarang asa saja orang jual laksa terutamanya di pasar atau tepi-tepi jalan.
Tapi nak rasa laksa terbaik dah tentu kena cari dekat Kedah, tak pun kena cari orang Kedah yang buat. Kalau tak jumpa juga boleh sahaja buat sendiri dan rujuk tips serta perkongsian daripada Pnut Syafinaz ini.
Laksa ni yang paling penting kuahnya dan tips atau rahsia petua kuah power ini dari Tok Lela, peniaga laksa yang power lagii terkenal. Terima kasih Tok Lela. Jom ikuti rahsia petua laksa pekat ni bersama.
Rahsia Petua Laksa Pekat Sedap Dari Peniaga, Ikut 5 Langkah Ni Pasti Auto Terciduk Bila Makan
Ikan
- Nak dapat kuah laksa yang sedap kena campur ikan dua jenis ikan.
- Biasanya ikan pelaling dan ikan sardin atau ikan selayang. Kuantitinya, kalau guna satu kilo ikan pelaling, campur dengan setengah kilo ikan sardin.
- Kalau nak buat sikit, 10-12 ekor ikan pelaling, tambah dengan 5 ekor ikan sardin.
- Ikan direbus sekejap asal mendidih kemudian tutup api. Alasan tak rebus lama supaya manis ikan tak hilang.
- Sejukkan dan asingkan tulang dengan isi. Isi ikan tadi ditumbuk kasar, sementara tulang ikan dengan kepasa pula kisar bersama air rebusan tulang ikan tadi. Dah kiiisar, tapis kemudian kisar lagi dan tapis sekali lagi.
Bawang
- Laksa utara kena guna bawang besar India warna ungu. Bukan bawang Holand yang warna kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besar.
- Bawang kena guna banyak, kalau segenggam cili, bawang besar 5-6 biji (yang saiiz besar).
Belacan
- Biasanya orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Tak pernah pakai belacan lain. Sila cari atau kirim bila kawan balik Kedah.
Kuah Laksa
- Tok Lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar niaga. Ni tips paliing power. Alasannya kuah dah ‘mesra’.
- Cukup rasanya dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat.
Asam Keping (Asam Gelugoq)
- Cari asam keping dari buah asam gelugor tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kurang, kalau guna yang tua elok sedap masamnya kurang, kalauu guna yang tua elok sedap masamnya.
- Ni biasa dibeli dekat makcik-makcik jual sayur kampuung kat pasar tani di Kedah.
- Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan. Masa ni boleh agak masamnya dan cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa dah rasa, asamnya tak sempat kembang.
- Lepas dah elok rasa masam, boleh kaut asam kepingh dan buang sikit takuut lagi lama, lagi masam.
Senang saja kan rahsia petua laksa pekat ni. Hiirup kuah pekat ni masuk dalam mulut memang ada ‘kick’. Selamat mencuba semuanya!
Sumber: Pnut Syafinaz
Baca juga: Resepi Kuih Lopes Pandan Sirap, Cara Baru Ganti Daun Pisang. Bau Wangi & Rasa Padat Sangat!