Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resepi Kuih Lopes Pandan Sirap, Cara Baru Ganti Daun Pisang. Bau Wangi & Rasa Padat Sangat!

Cik Daun by Cik Daun
Februari 3, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
kuih lopes pandan sirap
0
SHARES
18
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kuih lopes adalah makanan tradisi Melayu menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma. Selalunya kita menikmati lopes pandan je kan? Tetapi perkongsian kali ini sedikit lain dari yang lain kerana kita akan mencampurkan rasa pandan bersama sirap.

BacaJuga

resepi kuih sagu

Resepi Sukatan Cawan Kuih Sagu Yang Enak, Sekali Buat Terus Menjadi. Confirm Tak Menyesal!

Mac 22, 2022
548
Kuih Lopes Paling Mudah

Resepi Kuih Lopes Paling Mudah. Rebus, Potong, Golek Dan Siap!

Mei 5, 2020
9

Resepi kuih lopes pandan sirap yang dikongsi oleh Masni Bahari ini memang nampak menarik selain berbeza dengan kuih lopeh lain. Menurutnya, kuih lopes pandan sirap ini memang wangi bila masuuk mulut. Memandangkan daun pisang tak ada, dia mengambil inovasi untukbalut dengan plastik sahaja. Janji bulat dan padat.

Resepi Kuih Lopes Pandan Sirap, Cara Baru Ganti Daun Pisang. Bau Wangi & Rasa Padat Sangat!

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan pulut, rendam dengan pewarna hijau sedikit
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan, akak blend dengan santan cair tadi
  • sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Pulut rendam dalam 3 jam, lepastu tapis letak semua bahan tadi.
  2. Masak sampai pulut tak mentah, kalau sesiapa ada microwave masuk je dalam tu dalam 5 minit siap.
  3. Ikut bahan yang sama untuk buat pulut warna merah.
  4. Rendam pulut dengan sirap ros selama 3 jam.
  5. Cara masak sama sahaja.
  6. Bila pulut semua dah masak boleh la balut dengan plastik. Macam gambar di bawah.
  7. Pastikan lopes betul-betul sejuk baru potong ya.

Bahan -Bahan (Air Gula):

  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • sehelai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Masak semua bahan tu sampai mendidih, tutup api dan sejukkan.

Kelapa Salut:

  1. Kelapa parut perlu kukus dahulu ya, Nak bagi tahan lama. Sedikit garam, gaul sebati. Bila kuih lopes dan siap boleh potong dan salut dengan kelapa parut dan tuang air gula.
  2. Lopes kalau nak elok potong dengan benang tau.

kuih lopes pandan sirap kuih lopes pandan sirapkuih lopes pandan sirap

Siap sudah kuih lopes pandan sirap kita. Boleh makan petang-petang. Hidangan tradisional ini bukan sahaja sedap, malah ia cantik dengan seri warnanya yang timbul tu. Boleh lah buat juga untuk apa-apa majlis yang sesuai ya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, selamat mencuba dan menikmati.

Sumber: Masni Bahri

Baca juga: Resepi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Je, Ini Rahsia Peniaga Kerepek Sendiri, Rangup Dan Senang Sangat Nak Buat!

0/5 (0 Reviews)
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
online free course
download xiomi firmware
Tags: Kuih Lopeskuih lopes pandan sirapLopes sagu
ShareTweetSend

Related Posts

Puding Buah Kastard
Resepi

Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…

September 22, 2023
211
Serbuk Asam Boi
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Serbuk Asam Boi Kaw Guna 3 Bahan Saja, Tabur Atas Jambu Atau Mangga Memang Sedap!

September 22, 2023
203
biskut telur crunchy
Masak Apa Hari Ini?

Unik Sangat! – Ini Cara Buat Biskut Telur Crunchy, Kudapan Ringan Yang Jarang Orang Buat Tapi Rasanya Memang Wow!

September 21, 2023
114
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist