Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap

Resipi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap

Kategori: ,
Popial Simpul Isi Tauhu

Sebut sahaja menu minum petang, hidangan apa yang terlintas dalam fikiran anda? Tentu popia diantaranya, kan? Ringkas untuk disediakan dan sedap bila dimakan, tak hairan mengapa ia sangat digemari ramai.

Begitu banyak jenis popia yang anda boleh cuba, antaranya adalah popia simpul isi tauhu ini yang enak dan mudah untuk buat sendiri. Nak tahu caranya? Ikuti resepi ini yang telah dikongsikan oleh Aisyah Humaira di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Resipi Popia Simpul Isi Tauhu Sangat Mudah, Cicah Dengan Sos Cili Lebih Sedap

Bahan kisar

  • 1 keping tauhu petak biasa
  • 2 batang tauhu telur
  • 1 pek tauhu lembut
  • 3 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam – guna jenama ini

Bahan sayur atau isi

  • 1 mangkuk isi ayam
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1/2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 1/2 biji lobak merah (disagat halus)
  • 4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
  • 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya

  1. Ambil bahan kisar dan kisar sehingga lumat dalam pengisar.
  2. Dalam bekas besar, satukan semua bahan dan kacau sebati lalu kukus sehingga masak. Setelah sejuk, bolehlah potong dadu.
  3. Ambil tauhu kukus letak hujuk kulit popia (sebaiknya guna kulit popia saiz kecil) dan gulung hingga hujung lalu simpulkan.
  4. Goreng dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan toskan minyak.
  5. Sediap untuk dinikmati.Popial Simpul Isi TauhuPopial Simpul Isi TauhuPopial Simpul Isi TauhuPopial Simpul Isi TauhuPopial Simpul Isi Tauhu

Popia simpul isi tauhu ini nampak begitu menyelerakan, bukan? Cicah dengan sos cili lebih sedap, ia juga sesuai dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Aisyah Humaira

Baca Juga: Resepi Sambal Tumbuk Cili Hijau, Walaupun Nampak Simple Tapi Memang Sedap Lagi-Lagi Bila Gaul Bersama Nasi

tags: | | |