Hari semakin hari, kita dapat melihat semakin banyak luahan yang dilakukan pelanggan apabila membeli makanan di kedai dan makanan tersebut tidak mencapai kualiti dengan harga yang dibayar.
Terbaharu, seperti yang tular di laman TikTok semalam, seorang pelanggan di kedai nasi minyak turut meluahkan rasa kesalnya berkenaan makanan yang dibeli di sebuah kedai di Terengganu. Menurutnya, nasi minyak lauk daging yang dibeli hanya terdapat seketul daging sahaja di dalamnya. Selebihnya adalah kuah kari dan nasi sahaja.
Dia mempersoalkan bagaimana seorang peniaga mempunyai hati perut dan tergamak menjual lauk dalam kuantiti dan kualiti yang sebegitu.
“Aku tahu lah kau nak berniaga. Tapi aku nak tanya kau, kau ada hati dan perasaan ke tak niaga? Kau tengok daging tu… Allahuakbar daging tu.
“Tengok lah daging tu (hanya secebis sahaja). Kau ada jiwa tak untuk kau berniaga tu?,” luahnya panjang di video pelanggan kesal beli nasi minyak lauk daging berkenaan.
Untuk rekod dalam kes sebegini, terdapat satu kisah pada minggu lepas yang dibangkitkan di media sosial tentang pelanggan mengadu nasi goreng pattaya tidak berbaloi dengan harga. Ia sehinggakan peniaga ambil tindakan untuk lapor kepada polis.
@belalangkacun_official doakan owner nasi ni panjang umur #viral #malaysiatiktok #foodie #terengganu
@belalang_kacun doakan owner nasi ni panjang umur #viral #malaysiatiktok #foodie #terengganu ♬ original sound – belalangkacun
Meninjau ruangan komen netizen, orang ramai turut meluahkan rasa kesal bercampur marah. Tidak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman mereka membeli makanan yang tidak berbaloi dengan harga jika dilihat kepada kualitinya.
“Ni bukan nak gi Haji balik hari, ni nak pergi Paris esok, lusa nak pergi Dubai, tulat terus ke Mexico, komen seorang netizen sambil berseloroh tentang pelanggann kesal beli nasi minyak lauk daging tersebut.
“Nak kata tersalah bubuh pun tak boleh jugak. Sebab dia tukang bubuh takkan tak nampak sebuku daging je. Takut dia suruh anak dia. Budak-budak maklum saja lah kan,” kata netizen bernama Sheilafazli memberi pendapat.
“Banyak sangat lauk daripada nasi, kalau buat macam ni, cuba fikir balik. Nanti kena kata dekat orang,” komen Nirwana.
Melihat kepada beberapa kes yang tular sekarang, semoga ia menjadi pengajaran kepada peniaga untuk lebih cakna akan kuantiti barang jualan dengan jumlah bayaran yang dikenakan. Tidak dinafikan, bukan semua peniaga bersikap sebegitu. Semoga yang baik-baik saja buat peniaga dan pelanggan.
Sumber: Belalang Kacun
Baca juga: “Bergenang Air Mata..”, Nampak Satu Tulisan Dekat Bag Grab Food Anak, Bapa Ini Luah Rasa Sebak