Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Roti Croissant Ala Bakeri Perancis, Perlu 2 Hari Untuk Siapkan Tapi Sangat Berbaloi

Resepi Roti Croissant Ala Bakeri Perancis, Perlu 2 Hari Untuk Siapkan Tapi Sangat Berbaloi

Kategori: ,
Roti Croissant

Roti Croissant menjadi antara jenis roti yang begitu dikenali ramai dan boleh didapati di rata-rata bakeri. Di negara Perancis pula, roti ini sering dinikmati ketika sarapan pagi bersama secawan kopi. Di sana, ia menghidangkan roti croissant yang terbaik di dunia.

Jika anda ingin membuatnya sendiri di rumah, ini resepi roti croissant yang telah dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Prosesnya mengambil masa dua hari tapi sangat berbaloi. Jom baca untuk ketahui caranya.

Resepi Roti Croissant Ala Bakeri Perancis, Perlu 2 Hari Untuk Siapkan Tapi Sangat Berbaloi

Bahan-bahan

  • 4 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan susu tepung atau 3/4 cawan susu segar
  • 2 1/2 sudu teh yis
  • 1 1/2 cawan air suam (jika gunakan susu segar, hanya tambah 3/4 cawan air)
  • 4 1/2 cawan tepung
  • 4 sudu makan mentega atau marjerin
  • Sebiji telur
  • Garam Roti Croissant

Cara-caranya

  1. Campurkan gula pasir, susu tepung (atau susu segar), yis. Tambahkan air suam. Roti Croissant
  2. Biarkan sehingga yis mula aktif. Yis akan mula berbuih. Roti Croissant
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Agar tidak comot tangan, kacau sahaja dengan sudip dua serampang. Roti Croissant
  4. Sampai jadi berat begini, barulah mula gunakan tangan untuk menguli sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. Roti Croissant
  5. Apabila doh tidak lagi melekat pada bekas, berhenti menambah tepung. Roti Croissant
  6. Tambah mentega atau marjerin yang dilembutkan pada suhu bilik. Roti Croissant
  7. Uli sehingga mentega meresap ke dalam tepung, rehatkan 15 minit. Roti Croissant
  8. Uli lagi sehingga tepung licin, alihkan ke dalam bekas bertutup. Roti Croissant
  9. Rehatkan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam. Roti Croissant
  10. Tepung sudah naik sekali ganda, uli semula. Roti Croissant
  11. Bahagi tepung kepada 12 bahagian. Roti Croissant
  12. Bentukkan bulat-bulat. Simpan dalam peti sejuk. Roti Croissant
  13. Keluarkan seketul bola tepung dan canai nipis menjadi bulatan 6 inci (bulatan kecil). Simpan doh yang sudah dicanai ke dalam peti sejuk. Teruskan dengan semua bola tepung sehingga habis. Simpan setiap doh yang dicanai dalam peti sejuk. Roti Croissant
  14. 12 doh sudah dicanai. Roti Croissant
  15. Ambil sekeping doh yang sudah dicanai dan sapu mentega atau marjerin pada suhu bilik atas doh tersebut. Letakkan kepingan doh kedua dan sapukan mentega atau marjerin. Ulang melapisi doh dan menyapu mentega atau marjerin sehingga lapisan terakhir. Tidak perlu sapu mentega atau marjerin atas lapisan terakhir.Roti Croissant
  16. 12 keping doh yang diselangi sapuan mentega atau marjerin.Roti Croissant
  17. Bentuk-bentukkan sedikit supaya sekata. Roti Croissant
  18. Balut dengan plastik dan masukkan dalam bekas bertutup. Roti Croissant
  19. Biarkan doh berehat dalam peti sejuk semalaman. Roti Croissant
  20. Keluarkan doh dari peti sejuk dan buka bungkusan plastik. Roti Croissant
  21. Taburkan sedikit tepung dan canai doh menjadi bulatan 14 hingga 18 inci. Roti Croissant
  22. Sudah mendapat saiz yang sesuai. Roti Croissant
  23. Bahagi doh menjadi 16 kepingan segitiga. Simpan dalam peti sejuk. Roti Croissant
  24. Keluarkan satu segi tiga, buat potongan sedikit pada bahagian tapaknya. Gulung dari tapak segi tiga ke arah puncaknya. Roti Croissant
  25. Susun croissant yang terbentuk atas dulang pembakar, pastikan bahagian hujung puncak segi tiga menghadap ke bawah. Roti Croissant
  26. Boleh diperhatikan lapisan mentega atau marjerin di antara lapisan tepung. Roti Croissant
  27. Simpan croissant yang belum mahu dibakar dalam freezer (tempat sejuk beku). Croissant yang hendak dibakar, biarkan pada suhu bilik sehingga naik sekali ganda. Roti Croissant
  28. Siapkan sapuan telur. Sebiji telur dan secubit garam, dipukul sehingga rata kuningnya. Roti Croissant
  29. Sapu atas croissant yang sedia untuk dibakar. Roti Croissant
  30. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit. Roti Croissant Roti Croissant
  31. Keluarkan dari oven. Roti Croissant
  32. Tunggu sejuk sedikit sebelum belah agar sarangnya tidak collapse. Rasanya memang sedap! Roti Croissant

Buat roti ini memang memakan sedikit waktu dan kesabaran tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Cicah bersama secawan kopi atau minuman coklat tentu begitu sedap, kan?

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini.

Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid

Baca Juga: Buat Sushi Guna Roti Keping Biasa, Hidangan Roti Sushi Sandwich Tetap Sedap, Lain Dari Yang Lain!

tags: | | |