Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pengusaha Restoran Steamboat Dedah Perangai Pelanggan Yang Buat Sakit Hati & Rugi Bisnes

Pengusaha Restoran Steamboat Dedah Perangai Pelanggan Yang Buat Sakit Hati & Rugi Bisnes

Kategori: ,
restoran steamboat

Mengusahakan sebuah restoran bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya restoran steamboat yang menggunakan banyak kos dan bahan segar. Walaupun tukang masak tidak begitu diperlukan dan beban pekerja bahagian dapur dapat diringankan, ia tetap mencabar.

Bagi mengelakkan kerugian, pengusaha restoran tersebut perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan jika dilihat, beberapa peraturan telah ditetapkan buat pelanggan jika mahu makan di restoran sebegitu.

Namun bila berbicara tentang manusia, tentunya ada pelbagai ragam. Ada yang faham dan akur, ada pula yang sebaliknya. Selama meniaga, pengusaha steamboat ini dedah beberapa perangai dan tabiat pelanggan yang menyakitkan hati dan merugikan.

Pengusaha Restoran Steamboat Dedah Perangai Pelanggan Yang Buat Sakit Hati Dan Rugi Bisnes

Rotarium Buffet Steamboat & Grill yang beroperasi di Temerloh, Pahang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok. Sepanjang masa restoran itu beroperasi, ia mendapat begitu banyak sambutan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa tindakan pelanggan yang membuat mereka berada dalam kerugian. Berikut mereka kongsikan tabiat pelanggan yang tidak patut dilakukan.

1. Bila perangai suka membazir makanan. Ini sering berlaku apabila pelanggan suka mengambil makanan secara berlebihan, terutamanya ketika lapar. Akhirnya, makanan lebihan tersebut tidak dapat dihabiskan dan terpaksa dibuang.

restoran steamboat

2. Mengambil makanan menggunakan tangan. Perkara ini sangatlah satu NO! Kenapa? Kerana ia boleh mendedahkan makanan pada kuman dan bakteria di tangan, seeloknya gunakan peralatan yang telah disediakan pihak restoran. Kalau tiada, tak salah jika memintanya dari pekerja. restoran steamboat

3.Ambil aiskrim secara melimpah. Tindakan ini juga sangat membazir, tambahan aiskrim juga cepat cair jadi seeloknya ambil sedikit dan cukup makan juga. Kalau nak lagi boleh ditambah. restoran steamboat

4. Ambil banyak cawan tapi hanya guna satu cawan sahaja. Selain mengelakkan pembaziran, ia juga menambahkan tugas pekerja untuk membasuhnya dan menyimpannya. restoran steamboat

@rotarium.steamboat Perangai🙄 #rotariumbuffetsteamboat #kambingperap #trending #viral #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

Jadi diantara empat yang telah disenaraikan ini, yang mana satu anda pernah buat? Baik cepat mengaku! Lain kali bila mengunjungi ke restoran steamboat, pastikan anda tidak melakukan perkara-perkara ini.

Jangan kerana terlalu seronok sehingga anda menyebabkan orang lain kerugian.

Kredit: rotarium.steamboat

Baca Juga: Setelah 7 Tahun, HappyFresh Ucapkan Selamat Tinggal & Tamatkan Operasi Di Malaysia

 

tags: | | |