Sebut sahaja tentang mi segera, pasti ramai yang teringat pada jenama Maggi. Mempunyai pelbagai perasa menarik seperti Ayam, Tomyam, Kari, Asam Laksa dan banyak lagi, ia sangat digemari rakyat Malaysia.
Ketika berjimat-cermat atau malas masak di dapur, Maggi juga sering menjadi pilihan ramai. Cuma perlu rendam atau rebus bersama air panas dan ditaburkan perencah yang telah disediakan, nikmatnya tak terkata.
Tapi sebelum ingin menyediakannya, pastikan anda memeriksa paket Maggi sebetulnya, takut anda ditimpa nasib yang sama seperti wanita ini.
Terbaharu, seorang wanita anim6889 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi peristiwa malang yang telah berlaku ke atas dirinya.
Memandangkan hari sudah malam dan dia juga tidak begitu rajin untuk memesan makanan, wanita itu ingin mengisi perut yang kosong dengan mi segera Maggi.
Mengambil dua bungkus untuk dimasak, dia menyediakan air untuk direbus dan membuka paket mi segera tersebut. Namun, bila baru sahaja ingin merebusnya, dia menyedari bahawa paket perencah perasa tiada.
Puas dicari, perkara ini membuatnya berasa sangat geram. Tambahan pula, perut juga terasa sangat kosong jadi dia tiada mood bila kena ‘scam’ dengan Maggi sebegitu.
“Malam-malam ni kena scam dengan Maggi. Dari cepat dimasak jadi lambat dimasak atau memang sekarang Maggi tak bagi perencah?”, soalnya.
@anim6889 malam2 ni kena scam dgn Maggie dari cepat di masak jadi lambat di masak ..atau memang Skrang Maggie x bagi perencah 🤔 #laparmakan
@anim6889 malam2 ni kena scam dgn Maggie dari cepat di masak jadi lambat di masak ..atau memang Skrang Maggie x bagi perencah 🤔 #laparmakan ♬ Laper Laper Ha – Faiha
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang turut terkena perkara yang sama menasihatinya untuk menghubungi pihak Maggi menerusi email bagi mendapatkan gantian. Jadi sesiapa yang mengalami perkara ini juga boleh berbuat begitu.
Nampaknya kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru. Barangkali ada kesilapan di bahagian pembungkusan produk dan terlepas pandang.
Jadi jika perkara yang sama berlaku pada anda, segera hubungi pihak Maggi dengan bukti-bukti (gambar dan sebagainya). Manalah tahu boleh dapat stok Maggi setahun.
Kredit: anim6889
Baca Juga: Pengusaha Restoran Steamboat Dedah Perangai Pelanggan Yang Buat Sakit Hati & Rugi Bisnes