Dalam dunia yang serba cedera ini, manusia bukan sahaja perlu memiliki sifat simpati tetapi ia lebih kepada empati. Dengan hal itu, kita mungkin tidak akan memperbesarkan hal yang kecil dan remeh apabila kita juga memahami apa yang orang lain perlu hadapi dan rasa.
Seperti satu video yang tular minggu ini, ia menceritakan bagaimana seorang pelanggan sanggup berjalan kaki mencari penghantar makanannya selepas melihat rider tidak bergerak dari suatu lokasi ke lokasi yang lain melalui paparan peta ni aplikasi Foodpanda.
Dengan sifat empati dan memahami yang ada, dia sanggup tunggu rider berkenaan di tempat lokasi kerana rider mengalami kemalangan yang tidak disangka dan menyebabkan makanan yang dipesan pelanggan jatuh.
“Order Foodpanda then dah dekat area rumah tapi tiba-tiba rider stop dekat satu tempat dan tak bergerak-gerak. Kebetulan abah baru balik dan cakap ada rider Foodpanda accident dekat simpang. My sister cakap mesti rider makanan kita.
“Kitaorang decide nak pergi tempat tu to make sure he is fine and taknak dia rushing hantar makanan. Kita tunggu dia settle dengan amoi dulu baru pick up makanan.
“Makanan jatuh tapi my sister berkeras nak ambil dan bayar juga untuk makanan tu. Hati-hati semua riders, jangann rush hantar makanan, kitaorang boleh tunggu,” kata pemilik video bernama Safia menceritakan kiisah rider Foodpanda kemalangan itu.
Dalam ruangan komen video tersebut, rider berkenaan tampil untuk mengucapkan terima kasih kerana memahami keadaan yang dialaminya itu dengan tidak menjadi pelanggan yang pentingkan diri sendiri.
“Salam sis saya rider tu. Terima kasih sebab memahami saya bersyukur sangat akak boleh faham keadaan saya,” kata rider berkenaan dalam ruangan komen itu.
https://www.tiktok.com/@safiabukanpeah/video/7146964555195895067?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378
@safiabukanpeah Take care and be safe all riders . Jangan rush hantar makanan , kitaorang boleh tunggu 🙂 #riderfoodpanda ♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – Sadvibes🥀
Meninjau komen orang ramai pula, ramai yang bangga dan tersentuh hati dengan kisah rider Foodpanda kemalangan itu. Ramai yang mendoakan agar semakin ramai orang yang punya sifat empati dan memahami seperti yang ditunjukkan itu.
“Kalau la semua berfikiran macam sis mesti kami tak rushing nak hantar,” kata netizen yang merupakan seorang rider.
“Dunia tidak akkan pernah hilang orang baik. Terima kasih,” komen netizen lain bernama Apik.
“Trauma tau kena customer yang nak cepat sampai makanan. Tu lah auto dalam fikiran semua order nak kena cepat sampai. Pernah nampak customer baling makanan depan member,” luah rider lain.
Jadi, marilah kita semua menanam sifat empati dalam diri. Kita tidak pernah tahu kesusahan orang lain dalam bergelut denagan kehidupan. Semoga semua dipermudahkan urusan.
Sumber: Safia