Memancing menjadi satu hobi yang sangat digemari ramai, terutamanya golongan lelaki. Malah, ada yang sanggup keluar dari rumah sebelum Subuh hingga lewat petang semata-mata untuk memancing.
Untuk mendapatkan hasil semasa memancing, setiap individu mempunyai teknik-teknik tersendiri. Ada yang tidak keberatan untuk berkongsi sehingga sanggup melupakan pekerjaan semata-mata untuk mengajar orang lain.
Terbaharu, lipaskari_ telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu peristiwa lucu yang baru sahaja ditimpa dirinya.
Ceritanya, lelaki itu keluar dari rumah untuk memancing di tali air berhampiran sebuah jalan kecil. Ketika sedang seronok melayan hobinya, dia dihampiri oleh seorang rider Foodpanda.
Melihat tekniknya yang salah, rider tersebut menegurnya dan meluangkan waktu untuk mengajarnya cara memancing yang betul hingga sanggung menyidai pelanggan selama 30 minit.
Walaupun begitu, lelaki itu tetap menghormati rider itu kerana kesungguhannya dalam hobi memancing.
https://www.tiktok.com/@lipaskari_/video/7147350375534791941
@lipaskari_ baik bang panda #casting #fyp #fypmalaysia🇲🇾 ♬ Funny Song – Cavendish Music
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa begitu terhibur melihat gelagat rider tersebut. Malah, ada yang sempat lagi bergurau.
“Patut order saya tak sampai-sampai. Menunggu ikan ibarat menunggu jodoh.”, usik Si gigi taring.
Manakala pengguna GenFPV yang berlakon menjadi pelanggan rider itu komen; “Takpe la bang. Sebabkan memancing, saya rela kena sidai tapi make sure hasil kena bagi sikit la.”.
Sempat pula rider itu berhenti semata-mata untuk mengajar orang memancing. Nak buat macam mana, kalau dah minat memang sanggup buat pelanggan menunggu pesanan mereka.
Tapi tak salah pun nak berkongsi ilmu dengan orang lain, cuma perlu menyediakan alasan yang kukuh supaya tidak dimarahi pelanggan nanti.
Kredit: lipaskari_
Baca Juga: Kedai Runcit Tutup Gara-Gara Tiada Pekerja, Netizen Kongsi Mengapa Ramai Tak Mahu Bekerja