Bagi penggemar minuman mineral, pasti akan dapat merasai bahawa sebenarnya air mineral di pasaran mempunyai rasa yang berbeza mengikut jenis jenamanya.
Misalnya, ada orang yang jenis tidak boleh meminum air mineral lain selain daripada air mineral Spritzer. Selain itu, ada yang mengatakan air mineral Spritzer paling sedap. Jika sesiapa peminat tegar air mineral Spritzer, pasti akan perasan yang syarikat Sprtizer sudah menukar pembungkusan (botol air plastik) mereka dengan wajah dan reka bentuk yang baharu.
Menurut Hadi Pahmi, seorang brand strategist terkenal di laman TikTok, dia mengulas tentang pembaharuan yang dilakukan oleh syarikat air mineral terkemuka tempatan berrkenaan. Katanya, umum mengetahui, jenama air mineral Spritzer merupakan syarikat yang selalu menitikberatkan penjagaan alam sekitar dalam perniagaannya.
“Kalau yang memang kaki Spritzer, mesti akan perasan yang dorang dah tukar packaging dia. Mereka kata, ‘new look new purpose’. Bukan setakat rupa baharu, purpose dorang pun baru.
“Apa yang baru sebenarnya? The new look adalah inspirasi daripada alam sekitar. Design botolnya nampak lebih moden dan bentuk macam titisan air. Logo dorang yang melengkung tu adalah inspirasi dari tadahan air.
“Tadahan air berkenaann seluas 390 ekar di Taiping, takkanlah produk sendiri tanah air dari sumber alam tapi botolnya merosakkan alam,” katanya dalam video pembaharuan air mineral Spritzer itu.
Menurutnya, penampilan botol baharu yang lestari boleh dikitar semula. Ia bukan sahaja dapat memberi kitaran baharu terhadap pembungkusan, malah dapat mengurangkan pelepasan karbon secara langsung.
@hadipahmi Saya telan je brand apa pun. Tapi botol @Spritzer MY baru ni nice betul lah #bisnestips #bisnesguru #binabrand
@hadipahmi Saya telan je brand apa pun. Tapi botol @Spritzer MY baru ni nice betul lah #bisnestips #bisnesguru #binabrand ♬ Dancing Queen – ABBA
Melihat komen orang ramai tentang pembaharuan ini, ramai yang tertarik kerana reka bentuknya lebih minimalis dan kelihatan elegan. Menurut sebahagian netizen di ruangan komen, mereka juga bersetuju bahawa air mineral Spritzer merupakan jenama yang paling sedap jika berbicara tentang air mineral tempatan.
“Serious talk, kalau haus, minum sedikit air Spritzer terus hilang haus,” kata netizen bernama Iqmal.
“Kegemaran saya, beli gelen 9.5L, 2 gelen every weeks. Pakai dispensers dia. Memang tak minum air mesin semua. Botol baru ni lawa,” komen Aishah.
“Saya tak lupa sponsor air mineral oleh syarikat Spritzer kepada frontliners yang bertugas di PKRC Taiping masa Covid tengah mengganas,” tulis Haspi.
Kalau korang, korang suka air mineral jenama apa? Min juga suka air mineral Spritzer kerana Spritzer terus melabur dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) supaya dapat berkongsi hasil penyelidikan dengan pengguna.
Ini di mana dengan minuman air mineral semulajadi yang kaya dengan silika dapat memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.
Sumber: Hadi Pahmi