Semenjak negara dilanda pandemik Covid-19, banyak majlis dan aktiviti terpaksa ditangguhkan demi mengelakkan penularan wabak tersebut. Suasana seronok dan berkumpul secara beramai-ramai turut dirindui semua.
Oleh itu bila kelonggaran telah dilaksanakan kerajaan, ramai pihak mula merancang dan mengadakan majlis besar-besaran. Jika dilihat, konsert dan perarakkan juga telah diadakan dan mendapat begitu banyak sambutan. Perkara itu juga memberi peluang bagi peniaga kecil untuk berkerjasama dengan pihak penganjur untuk membuka kedai di tapak yang disediakan bagi mencari rezeki.
Namun, ada segelintir peniaga yang akan cuba untuk mengambil kesempatan pada peniaga kecil yang bersusah-payah untuk mencari pendapatan.
Terbaharu, seorang peniaga kecil cikcantek_store memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk meluahkan rasa kecewa dengan pihak penganjur yang dia telah bekerjasama.
Dia dan rakan peniaga lain telah sanggup membayar sewa tapak sebanyak RM1,200 tapi sedih apabila melihat event tersebut kelihatan sunyi dan tidak mendapat sambutan dari orang ramai.
Pihak penganjur juga tidak berminat untuk melakukan sebarang pemasaran untuk menarik orang ramai ke sana. Malah penduduk sekitar juga tidak tahu mengenai event yang sedang diadakan.
Bila mengeluh di grup yang telah disediakan, pihak penganjur memilih untuk berdiam diri dan menutup ruangan komen agar aduan peniaga tidak dapat disampaikan.
Selain tiada pemasaran, pengunjung juga perlu membayar sebanyak RM10 untuk menggunakan ruang pakir yang telah disediakan. Kawasan yang berlumpur dan jauh dalam pendalaman turut menjadi antara faktor event itu tidak disambut ramai.
Sedih, wanita itu yang hanya meniaga pada jam 8 hingga 12 malam hanya mampu meraih pendapatan sebanyak RM49 sahaja. Perkara ini begitu menghampakannya, dia turut memohon orang ramai untuk terus mendoakan dirinya dan rakan-rakan yang lain.
https://www.tiktok.com/@cikcantek_store/video/7147518413567560987?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@cikcantek_storeSedih sangat…Begini la nasib kami peniaga kecil….Event motor musc di meru♬ suara asli – Langit Musik Indonesia
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib peniaga di sana. Rata-rata turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan sepanjang meniaga di majlis tersebut.
Semoga pihak penganjur lebih cakna dan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Kasihan pada para peniaga yang sedang bersusah-payah dalam mencari rezeki.
Kredit: cikcantek_store