AEON menjadi pusat membeli belah tumpuan ramai. Bukan sahaja mempunyai pelbagai kiosk butik antarabangsa dan pasaraya yang cukup lengkap, ruang medan selera turut menjadi tarikan.
Dengan begitu banyak pilihan makanan dan minuman, medan selera AEON tak pernah mengecewakan. Ketika lapar, anda juga boleh membeli apa jua makanan yang ada tapi sila berhati-hati ketika memilih kerana anda mungkin akan menjadi mangsa makian seperti lelaki ini.
Kisah ‘malang’ tersebut berlaku di pusat membeli belah AEON dan telah dikongsikan oleh 5upha di laman TikTok.
Gara-gara lapar, dia telah ke medan selera pusat membeli belah tersebut bagi mencari makanan untuk mengisi perutnya yang kosong. Melihat pelbagai pilihan menarik yang ada, lelaki itu hingga rambang mata.
Sibuk melihat makanan, lelaki itu melihat hidangan nasi putih bersama ayam berlada yang dibungkus elok. Namun, nama hidangan itu membuatnya berasa terhibur.
Dilabel pada pek ‘Ayam Balado Mak Ko Hijau’, dia berasa seperti dirinya dimaki dan menurutnya, inilah kali pertama perkara sebegini berlaku ke atas dirinya.
@5upha Korang biasa kena maki dengan makanan? 😭 #fypシ #fyp #funny #tiktokmalaysia
@5upha Korang biasa kena maki dengan makanan? 😭 #fypシ #fyp #funny #tiktokmalaysia ♬ Begitu Sulit Lupakan Raihan – Audio Library
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat nama hidangan itu. Namanya yang aneh dan kasar buat ramai pening, ramai juga yang menyangka bahawa ia mungkin typo dari pihak AEON.
Kena maki dengan pekerja atau pelanggan boleh diterima logik akal lagi tapi kena maki dengan makanan? Macam-macam kejadian aneh zaman sekarang. Harap nanti anda juga lebih berhati-hati ketika membeli makanan, nanti tak pasal-pasal pula kena maki dengan makanan.
Kredit: 5upha