Mengusahakan sebuah kedai makan dan restoran tidaklah semudah seperti yang disangka ramai. Di sebalik kemeriahan dan kemewahan yang kita dapat lihat, setiap peniaga pasti menghadapi pelbagai cabaran.
Ada hari di mana mereka akan untung, ada pula hari mereka akan menghadapi kerugian dan kehilangan pelanggan. Perkara tersebut boleh membuat mana-mana peniaga berasa sedih dan putus semangat, terutamanya bila mereka telah usaha secara habis-habisan.
Seorang wanita kakatielegacy yang sedang mengusahakan sebuah warung kecil di kampung telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi luahan hati.
Sebelum ini, peniaga tersebut sering mendapat soalan yang sama dari pelanggan. Mereka yang pernah ke kedainya akan berasa hairan mengapa warung itu kelihatan kosong dan tidak dikunjungi ramai meskipun makanan yang disajikan sangat sedap.
Ceritanya, dia juga buntu tiap kali pelanggan menujukan soalan begitu. Tambahnya, walaupun pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh dia dan pekerja seperti; mencantikkan kedai dengan dekorasi, menjaga kualiti makanan dan servis tapi warung kecilnya tetap tidak mendapat sambutan.
Dia juga telah mencuba sedaya upaya untuk menambah baik perniagaannya dari segala aspek tapi warung itu juga tidaklah semeriah dahulu. Perkara itu membuatnya berasa sangat sedih tapi niatnya berkongsi bukanlah untuk menagih simpati dari mana-mana pihak tapi sekadar mengharapkan doa agar perniagaannya kembali maju seperti dahulu.
@farhani_izati Allah sayang sebab tu DIA uji kan❤💪 #penangmalaysia #trending #fypシ #learnontiktok #kasiviral #warungkakatie
@kakatielegacy Allah sayang sebab tu DIA uji kan❤💪 #penangmalaysia #trending #fypシ #learnontiktok #kasiviral #warungkakatie ♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib peniaga itu dan mendoakan agar perniagaannya menjadi makin maju.
Terharu dengan sokongan netizen, peniaga tersebut sukacita berkongsi bahawa warungnya kembali pulih dan pelanggan dah kembali ramai seperti dahulu.
Syukur, nampaknya warung peniaga itu kelihatan semakin meriah dan mendapat sambutan yang diharapkan. Semoga dia dan peniaga lain di luar sana terus maju dan dimurahkan rezeki.
Kredit: kakatielegacy