Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan, Guna Bahan Dapur Saja Dapat Tahan Lebih Lama

Ini Dia Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan, Guna Bahan Dapur Saja Dapat Tahan Lebih Lama

Kategori: ,
Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan

Sabun pencuci pinggan merupakan barang yang wajib ada di tiap dapur. Sering digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk, ia akan cepat habis jika sering digunakan, terutamanya yang dalam bentuk cecair.

Baru sahaja dibeli, tentu kita akan berasa murung bila melihat sabun cecair pencuci pinggan hanya tinggal sedikit, kan? Terus rasa seperti nak mengamuk!

Dari sibuk memarahi orang lain, apa kata anda cuba tips ini yang dapat menjimatkan pengunaan sabun cecair pencuci pinggan anda? Memang mudah, guna bahan dapur sahaja! Jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Ini Dia Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan, Guna Bahan Dapur Saja Dapat Tahan Lebih Lama

Penggunaan sabun cecair pencuci pinggan yang kerap boleh menyebabkannya cepat dihabiskan. Oleh itu, ainfaeez36 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi caranya menjimatkannya.

Menggunakan dua bahan dapur yang mudah ditemui, ini caranya:

Bahan-bahan

  • 1/2 botol sabun cecair pencuci pinggan
  • 3 sudu garam
  • Air panas

Cara-caranya

  1. Sediakan sabun cecair pencuci pinggan. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
  2. Larutkan garam dengan air panas. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
  3. Tuangkan air garam dalam botol sabun cecair pencuci pinggan. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
  4. Tuang sekali air paip sehingga botol penuh. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
  5. Goncang botol, lepas itu letakkan dalam bekas. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
  6. Sedia untuk digunakan. Tips Jimat Sabun Basuh Pinggan
@ainfaeez36 Tips jimat pakai sabun basuh pinggan cecair Sunlight…#fypmalaysia #foryoupage #fypシ #tiktokmalaysiaviral #foryou #lifehacks ♬ original sound – ROMINA

Melihat dari video itu, tips ini berjaya menghasilkan banyak sabun dan dapat bantu menjimatkan penggunaan sabun cecair pencuci pinggan anda. Jadi, tak salah jika anda mencubanya, mana tahu menjadi! Jimat pun jimat dan tak perlulah selalu habiskan duit untuk membeli sabun.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kredit: ainfaeez36

Baca Juga: Buat Teknik Pruning Ini Kalau Pokok Tak Berbuah Lebat, Hasilnya Cukup Lumayan!

tags: |