Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Hamil Kecewa Peniaga Pisang Goreng Guna Pisang Lembik, Terus Rosak Mood Untuk Makan

Wanita Hamil Kecewa Peniaga Pisang Goreng Guna Pisang Lembik, Terus Rosak Mood Untuk Makan

Kategori:
Guna Pisang Lembik

Ketika hamil, si bakal ibulah yang paling teruja, pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menyambut kehadiran cahaya mata.

Malah, ketika waktu ini, mengidam pun lain macam! Macam-macam makanan yang ingin dimakan, kalau tak ditunaikan tentu mereka akan berasa murung.

Namun jika makanan yang diidamkan adalah tidak sama seperti yang diharapkan, perkara itu tentu membuat mana-mana wanita hamil berasa sedih dan kecewa.

Wanita Hamil Kecewa Peniaga Pisang Goreng Guna Pisang Lembik, Terus Rosak Mood Untuk Makan

Terbaharu, seorang bakal ibu, mektomtomyam telah memuat naik sebuah video dan berkongsi rasa kecewa dengan makanan yang telah dibelinya.

Gara-gara mengidam pisang goreng panas, wanita itu sanggup keluar dari rumah untuk mencari gerai yang menjualnya. Guna Pisang Lembik

Puas dicari, akhirnya dia dapat membeli pisang goreng yang diidamkan. Namun bila dimakan dalam kereta, dia sangat kecewa apabila mendapati pisang yang digunakan adalah lembik dan hanya sesuai untuk dijadikan cucur. Guna Pisang Lembik

“Pisang lembik-lembik macam ni dah boleh buat cekodok pun boleh goreng lagi buat jual. Ke aku sorang je tak suka pisang goreng lembik-lembik macam ni?”, luahnya.

@mektomtomyamCerita sedih ibu hamil harini🥹

♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Menjengah di ruangan komen, orang ramai juga mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang suka bila peniaga menggunakan pisang yang lembik, ada pula yang sebaliknya.

“Saya memang tak suka pisang lembik dan tepung crispy macam ni. Auto muak! Hm, lagi suka pisang goreng tepung biasa je lagi sedap.”, setuju Lydia Mohd Rosli.

Manakala kongsi @zizah_rahman, “Kalau saya suka pisang lembik tapi tu la, minyak banyak.”.

Pendapat Netizen Berbeza-Beza; Ada Yang Suka Tapi.. Guna Pisang Lembik Guna Pisang Lembik

Kesian pada wanita itu. Penat mencari tapi akhirnya dapat pisang goreng yang tak kena dengan selera. Dalam hal ini, tiada yang salah kerana tiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

Jadi, jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pastikan bertanya dahulu sebelum membeli.

Kredit: mektomtomyam

Baca Juga: “Tak Minta Simpati Tapi..” – Peniaga Buntu, Cuba Macam-Macam Tapi Warung Makan Tetap Tak Dapat Sambutan

tags: | |