Hidup dalam sebuah komuniti, semua penduduk memainkan peranan dalam memastikan kawasan perumahan selamat dan bersih untuk diduduki. Kita juga perlu mempunyai sifat toleransi bagi memelihara kedamaian di antara satu sama lain.
Namun ada segelintir individu yang terlalu mementingkan diri sendiri dan suka melakukan hal sendiri hingga tindakan mereka memberi kesan pada jiran tetangga yang lain. Perkara sama telah disaksikan dan dikongsikan di bawah oleh maz_hassim.
Tinggal di perumahan flat, wanita itu yang berada di aras bawah mungkin sedang bersiap sedia untuk keluar dari rumahnya tapi sewaktu dalam perjalanan, dia melihat satu kejadian yang sangat menjijikkan.
Terlihat sampah terkumpul, wanita itu meluahkan rasa kecewa dengan sikap penduduk yang selamba campak bungkusan sampah seperti sisa makanan, lampin bayi, taula wanita dan sebagainya dari tingkap rumah.
Mungkin si pelaku mahu mudah dan tak mahu turun dari rumah untuk membuang sampah, tapi tindakan mereka memberi kesan pada penduduk lain.
Walaupun ada pekerja pembersihan yang bertugas, tapi tindakan itu benar-benar membuat wanita itu geram.
@maz.crochet senangnya hidup. mentang2 ada cleaner kan..@Ajie @pa2jahat #buangsampah #pengotor #pemalas
♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX
@maz_hassim senangnya hidup. mentang2 ada cleaner kan..@Ajie @pa2jahat #buangsampah #pengotor #pemalas ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX
Menjengah di ruangan komen, sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab itu turut membuat orang ramai terkejut dan mengeluh.
Malah, ada juga yang berpendapat bahawa sikap ini merupakan perkara yang biasa dilihat bagi mereka yang pernah tinggal di perumahan flat.
Bila tinggal dalam satu komuniti, tak semua memiliki perangai yang elok. Pasti ada beberapa yang sebegini.
Seharusnya bila tinggal berjiran, kita lebih menjaga sikap tapi sebaliknya yang berlaku di sini. Semoga para pembaca tidak mempunyai tabiat ini dan jika ada, segeralah berubah kerana tindakan anda akan mendatangkan akibat pada diri anda dan orang sekeliling.
Jika kita sama-sama menjaga sikap, tentu kawasan tempat tinggal menjadi lebih selamat dan selesa untuk didiami.
Kredit: maz_hassim