Perjalanan hidup kita tidak akan sama dengan orang lain. Tetapi apa yang pasti, Tuhan sudah menetapkan alur cerita masing-masing di jalan yang terbaik. Kerana itulah, hidup di dunia memerlukan pertolongan antara satu sama lain. Yang senang menolong yang susah, yang miskin menolong yang kaya. Barulah kita dapat hidup dalam satu masyarakat kemanusiaan.
Seperti sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikToknya, dia berkongsi cerita bagaimana terserempak dengan seorang pakcik yang difahamkan mungkin seorang gelandangan.
Menurutnya, pakcik berkenaan terigin untuk makan Kentucky Fried Chicken (KFC) apabila ditanya. Permintaannya sungguh sederhana tetapi ia memberi kesan besar kepada dirinya.
“Jadi pada malam tu saya jumpa pakcik ni. Permintaan dia sangat sederhana. Dia teringin nak makan KFC. Ya Tuhan, tolong tegur saya nanti bila saya lupa untuk bersyukur,” kata wanita itu yang dikenali sebagai Cahaya Icha.
Menerusi video berkenaan, kelihatan pakcik sungguh selera apabila dapat menikmati hidangan KFC. Melalui raut wajahnya, ada perasaan yang mendamaikan apabila permintaan pakcik ditunaikan oleh wanita tebabit.
Wanita itu juga turut menemani pakcik berkenaan makan bersama. Dia juga meghulurkan sedikit bantuan kepada pakcik sebagai tanda ikhlas membantu pakcik terbabit.
Dalam perkembangan sama, wanita itu juga turut menyatakan bahawa apa yang dia kongsikan ini hanyalah untuk menjentik semangat dan memotivasikan orang lain di luar sana. Mungkin selepas melihat apa yang dia kongsikan, terjentik rasa ingin menolong dan bersyukyur dengan apa yang ada di samping berusaha bersungguh-sungguh.
Untuk maklumat, wanita bernama Cahaya Icha ini sudah lama berkecimpung di dunia aktivis ini. Merujuk video-videonya yang lain, dia banyak menolong orang dan kumpulan dalam kesusahan seperi panti asuhan, misalnya.
@cahayaicha__ Ya Tuhan , tolong tegur saya Nanti Bila saya lupa untuk bersyukur 🥺😥
@cahayaichagulo__Ya Tuhan , tolong tegur saya Nanti Bila saya lupa untuk bersyukur 🥺😥♬ bunyi asal – Cahaya icha✨
Melihat ruangan komen, ramai yang mendoakan agar kebaikan ini dapat diteruskan. Selain itu, ramai juga terinspirasi dengan video Cahaya Icha dan berazam untuk menolong orang ramai yang berada dalam kesusahan juga jika ada peluang.
“Semoga terus dikurniakan kesihatan dan terus buat kebaikan sis,” kata netizen bernama Mizu.
“Semoga kita tidak lupa bersyukur setiap hari. Terus semangat ya akak,” komen Haziel di video pakcik mahu makan KFC itu.
“Teruskan berjuang akak. InsyaAllah saya akan buat juga apa yang akak buat selama ini,” komen Iman.
Mungkin, dari kisah menolong pakcik mahu makan KFC ini kita melihat itu hanyalah seketul ayam KFC. Tetapi bagi pakcik, itu adalah cinta dan kemanusiaan. Terus sebarkan kebaikan walau di mana korang berada.
Sumber: Cahaya Icha
Baca juga: Kenaikan Harga Barangan Perlahan Tahun Depan, Jangka Inflasi Makanan Turun