Hujung minggu dah dekat, jadi apa perancangan korang? Tentu ramai yang ingin berkelah dengan keluarga di tempat rekreasi yang ada, kan?
Nak berkelah perlulah ada bekal yang ringkas dan mudah sahaja untuk disediakan. Di sini kami ingin berkongsi resepi mini burger bersama sos istimewa yang telah diolah oleh Sarah Cooks Bakes di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Resipi Mini Burger Bersama Sos Istimewa, Mudah & Sesuai Bawa Sebagai Bekal Semasa Berkelah
Bahan-bahan
- Mini mantao
- Daging burger
- Kepingan keju
- Salad
Bahan sos istimewa
Cara-caranya
- Goreng mantao hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.
- Kemudian, grill atau goreng daging burger, letak kepingan keju dan masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
- Sambil itu, campurkan sos cili bersama sos mayo roasted sesame seed untuk dijadikan sos.
- Kemudian, belah mantao pada dua. Letakkan daging keju yang dimasak tadi dan kepingan daun salad. Tambahkan sedikit sos istimewa.
- Tutup bun dan cucuk dengan lidi.
- Sedia untuk dinikmati.
Siap sudah mini burger bersama sos istimewa kita. Selain untuk berkelah, ia juga menjadi bekal yang sesuai untuk ke sekolah dan pejabat.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Sarah Cooks Bakes
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kek Kukus Buah, Resepi Turun Temurun Keluarga & Masih Diguna Walau 50 Tahun