Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hidup Ini Keras..”, Baru 2 Minggu Berniaga Sudah Diuji, Peniaga Mi Sup Champa 3 Beradik Dapat Perhatian Ramai

“Hidup Ini Keras..”, Baru 2 Minggu Berniaga Sudah Diuji, Peniaga Mi Sup Champa 3 Beradik Dapat Perhatian Ramai

Kategori:
peniaga Mi Sup Champa

Dalam dunia yang penuh pancaroba, kehidupan mesti diteruskan demi kelangsungan hidup. Pendapatan harus diraih demi sesuap nasi. Lebih-lebih lagi, situasi ekonomi Malaysia yang terumbang-ambing ini membuatkan kita harus memikirkan pelbagai cara untuk mencari rezeki.

Seperti video yang tular semalam, ia menceritakan bagaimana kepayahan dan pahit perih tiga beradik mencari rezeki dengan membuka gerai jalanan dan menjual Mi Sup Champa untuk kelangsungan hidup.

“Hidup Ini Keras..”, Baru 2 Minggu Berniaga Sudah Diuji, Peniaga Mi Sup Champa 3 Beradik Dapat Perhatian Ramai

peniaga Mi Sup Champa

Menurut video berkenaan, mereka baru sahaja mendirikan gerai (kanopi) selama 2 minggu tetapi sudah ditimpa ujian. Ujian yang menjadikan mereka kuat itu dihadapi dengan hati yang kental dan jiwa yang terbuka.

Kanopi yang mereka pasang sebagai gerai untuk berniaga di Batu Muda, Kuala Lumpur berdekatan Taman Koperasi Polis Fasa II telah runtuh dibadai angin kuat dan hujan lebat. Seperti sedia maklum, Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip juga ada berkata, negara ini sedang mengalami fasa peralihan monsun dan banjiir dilihat sudah kerap berlaku di seluruh negara.

“Hidup ini keras, baru 2 minggu kami berniaga. Hari ini kami diuji. Doakan kami kuat menghadapi pelbagai lagi dugaan. Terima kasih yang mana sentiasa support kami,” kata mereka melalui video peniaga Mi Sup Champa tersebut.

Gerai Kanopi Roboh Dipukul Angin Kencang

peniaga Mi Sup Champa

@thechampkl Baru 2 minggu kami berniaga , Hari ini kami diuji ☺️ #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #thechamp #meesupchampa #meechampa #foodie #FoodieMY #makananviraltiktok #makananviral ♬ suara asli – adit

Terdahulu, salah seorang daripada tiga beradik ini ada berkongsi tentang kisah kehidupannya yang mengambil titik tolak untuk menjadi peniaga jalanan. Mereka semua datang dari Terengganu untuk memulakan perniagaan dan

“Kami satu keluarga, tahun 2019 pindah ke KL. Sebelum kami pindah sini, kami dahulu asal Terengganu. Kami satu keluarga mula berniaga kecil-kecilan dan perniagaan itu pun jatuh. Dan lepas perniagaan tu drop, famiily kami macam tiada pendapatan.

“Lepastu kami bertiga, termasuk abang-abang saya decide untuk buka warung sendiri, Mi Sup Daging Champa. Sebab ayah saya pernah lah belajar dengan orang Kemboja buat mi sup ni. Lepastu saya pun belajar dengan ayah saya.

“Lepastu bincang semua, terjadilah Champ ni (perniagaan sekarang),” katanya dalam video berlainan menceritakan bagaimana permulaan mereka mejadi Peniaga Mi Sup Champa.

Berniaga Mi Sup Champa Untuk Bantu Keluarga, Resepi Ori Dari Kemboja

peniaga Mi Sup Champa

@thechampkl Replying to @Syarifah Furaiha permulaan TheChamp #abangmee #makan #makanlokal #makanmakantiktok #makananviral #meesupchampa #makananbattle #thechampkl #supportanakmuda #supportlokal ♬ original sound – CEO MEE

Melihat ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan dan dokongan yang positif apabila melihat usaha tiga beradik terbabit dalam mencari rezeki. Hal yang mereka lakukan tidak mudah kerana semuanya bermula dari bawah. Tetapi dengan kekuatan semangat yang ada, mereka gagahi jua.

“Jangan putus asa dik. Selama abang berniaga pun selalu kena macam ni,” kata seorang netizen.

“Memang kalau nak berjaya kena hadapi cabarannya dahulu. Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki bang,” kata netizen lain bernama Tarman.

Jangan Putus Asa, Ada Sinar Di Hadapan

peniaga Mi Sup Champa

Semoga ketiga-tiga anak muda ini diberi kekuatan untuk terus maju kehadapan. Tuhan perluaskan rezeki mereka atas segala usaha yang mereka lakukan.

Sumber: The Champ KL

Baca juga: “Yuran Kelas Memasak Tinggi”, Lapan Bulan Belajar Di Youtube, Wanita OKU Ini Akhirnya Dapat Jual Donut Bantu Keluarga

tags: | |