Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Yuran Kelas Memasak Tinggi”, Lapan Bulan Belajar Di Youtube, Wanita OKU Ini Akhirnya Dapat Jual Donut Bantu Keluarga

“Yuran Kelas Memasak Tinggi”, Lapan Bulan Belajar Di Youtube, Wanita OKU Ini Akhirnya Dapat Jual Donut Bantu Keluarga

Kategori:
jual donut bantu keluarga

Kisah perjalanan manusia tidak sama, tapi apa yang pasti, Tuhan tidak akan membebankan manusia dengan hal yang tidak dapat ditanggungnya.

Selagi kita berusaha, pasti ada jalan dan sinar yang terbaik. Dengan adanya orang sekeliling yang mendukung, itu adalah antara hal dan nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Yuran Kelas Memasak Tinggi”, Lapan Bulan Belajar Di Youtube, Wanita OKU Ini Akhirnya Dapat Jual Donut Bantu Keluarga

jual donut bantu keluarga

Seperti kisah yang disiar oleh Bernama, demi kelangsungan hidup, seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) gigih mendalami ilmu cara membuat donut di YouTube.

Dia menjaja kuihnya di kawasan rekreasi Padang Polo, Ipoh Perak, bagi membantu menjada pendapatan keluarga.

Zaitun Ibrahim, 35, menghabiskan masa hampir lebih lapan bulan di platform YouTube bagi memastikan adunan kuih donut yang dihasilkan itu gebu dan lembut. Selain beliau kini sudah mampu meraih kira-kira RM100 sehari, hasil daripada jualan donut.

Menurut Zaitun dek kerana yuran kelas memasak yang agak tinggi, beliau yang diuji dengan kudung kedua-dua belah kaki dan tangan kiri sejak lahir akibat demam panas, telah memanfaatkan platform media sosial tersebut.

Ia sebagai ‘guru’ serta panduan untuk membuat kuih donut sedap.

“Wang yang ada cukup-cukup makan sahaja bagi saya, suami dan anak perempuan berusia 17 tahun untuk meneruskan hidup. Dan disebabkan itu, saya hanya rujuk YouTube untuk belajar memasak.

“Bersandarkan rakaman video yang ada di YouTube, saya memperbaiki resepi sedia ada. Ini agar saya dapat menjaga kualiti jualan saya.

“Dan, saya dapat membantu keluarga dengan menjual donut,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Flat Kinta Heights baru-baru ini dalam kisah jual donut bantu keluarga.

Ada Rezeki, Raih Kira-Kira RM100 Setiap Hari

jual donut bantu keluarga

Kelibat Zaitun yang menggunakan kerusi roda dengan disorong oleh suaminya, Haizul Yit, 45, akan mula kelihatan di Padang Polo berkenaan seawal pukul 5 petang untuk menjaja.

Mereka menjaja kuih donut yang dijual dengan harga RM5 bagi setiap set 3 biji donat yang mempunyai pelbagai perisa seperti strawberi, coklat dan pisang.

Bercerita lanjut, Zaitun yang mengimbau kemiskinan keluarganya berkata, sehingga kini dia tidak mempunyai kad pengenalan diri.

Ini kerana kelahirannya tidak didaftarkan ketika dilahirkan dan ibu bapanya pula merupakan warga Thailand.

“Saya dilahirkan di rumah oleh bidan tanpa ada kelengkapan bersalin yang mencukupi. Diuji pula dengan masalah keluarga ketika itu apabila bapa meninggalkannya anak-beranak,” tambahnya.

“Disebabkan itu, saya tidak layak untuk memohon sebarang bantuan atau insentif OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Dan lebih menyedihkan, saya tidak boleh menerima rawatan di hospital kerajaan. Saya terpaksa bergantung kepada kedai ubat kerana tidak mampu ke klinik swasta,” katanya sebak.

Tidak Dapat Bantuan JKM & Tidak Boleh Terima Rawatan Di Hospital

jual donut bantu keluarga

Zaitun berkata, walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran hidup, namun ia bukanlah suatu pengakhiran untuk dia berhenti jual donut bantu keluarga.

Malah keadaan itu membuatkan beliau lebih bersemangat untuk terus mengubah nasib keluarga. Termasuk mengusahakan pelbagai perniagaan antaranya kraftangan anyaman bakul, gubahan bunga dan kuih-muih.

Hakikatnya, jauh di sudut hati wanita ini, tersimpan rasa sayu apabila beliau tidak dapat melebarkan sayap perniagaan akibat ketiadaan kad pengenalan diri.

Harap Ada Pihak Kerajaan Sudi Membantu

Justeru, Zaitun berharap agar ada pihak berkaitan dalam kerajaan dapat membantunya bagi mendapatkan kad pengenalan diri agar masa dengan dia dan keluarganya, lebih terbela.

Sumber: Bernama

Baca juga: “Dia Marah Aku Balik”, Pelanggan Tak Sangka Dapat Apam Polkadot Begini, Mengadu Dekat Peniaga Tapi..

tags: | | |