Cuaca di Malaysia ini agak tidak menentu. Adakalanya hujan lebat, ada pula panas melampau. Pada hari yang cerah dan bahang, tentu kita ingin mencari sesuatu untuk menyejukkan tekak, kan?
Puding menjadi penyejuk tekak yang digemari ramai. Malah, terdapat aneka puding yang anda boleh cuba. Antara yang viral dan laris jika dijual adalah puding sedut unicorn! Dari dibeli, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah dengan mencuba resepi yang telah dikongsikan oleh Zaimah Zakaria ini? Ternyata mudah sahaja!
Resepi Puding Sedut Unicorn, Sesuai Dijadikan Penyejuk Tekak Masa Hari Yang Panas
Bahan-bahan
- 4 cawan air (anggaran 1 liter)
- 1 sudu kecil serbuk agar-agar (8 gram) – guna dari jenama ini
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan susu tepung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 200 ml susu kotak full cream atau susu cair
- Pewarna dan perisa pilihan
- Botol
Cara-caranya
- Masukkan air ke dalam periuk.
- Tambahkan serbuk agar-agar dan kacau sehingga sebati, tak perlu buka api lagi.
- Kemudian, letakkan susu tepung, gula, esen vanilla dan susu kotak. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut baru buka api dapur secara sederhana.
- Masak sampai mendidih baru tutup api.
- Seterusnya, kacau supaya puding suam-suam, baru bahagikan kepada beberapa bahagian.
- Masukkan pewarna dan perisa anda (Kalau nak letak perisa lain seperti keladi, strawberi, pandan dan lain-lain, esen vanilla dah tak perlu letak).
- Masukkan pewarna pertama, biar puding set selama 30 minit dalam peti ais, baru masukkan warna seterusnya.
- Tuang perlahan-lahan di tepi botol supaya warna tidak bercampur.
- Buat sehingga habis dan simpan dalam peti ais. Keluarkan bila ingin dinikmati.
Sudah siap puding sedut unicorn ini. Kan betul memang mudah sahaja untuk disediakan? Memang sedap dan nikmat sangat bila dinikmati semasa hari yang panas.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Zaimah Zakaria
Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Kek Kukus Buah, Resepi Turun Temurun Keluarga & Masih Diguna Walau 50 Tahun