Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Jangan Bagi Alasan!” – Baru Sebulan Jual Nasi Lemak, Mak Cik Ini Serang Peniaga & Minta Tutup Gerai Gara-Gara..

“Jangan Bagi Alasan!” – Baru Sebulan Jual Nasi Lemak, Mak Cik Ini Serang Peniaga & Minta Tutup Gerai Gara-Gara..

Kategori:
Serang Peniaga

Mengusahakan sebuah perniagaan bukannya hal yang mudah. Ramai yang hanya melihat kesenangan tapi tak sedar bahawa setiap kemanisan ada kisah dukanya sendiri.

Bukan sahaja pelbagai kos yang perlu ditampung, segelintir peniaga juga akan berhadapan dengan segelintir saingan yang tak senang melihat mereka berjaya dan akan mencuba pelbagai cara untuk merosotkan perniagaan mereka.

Baru 1 Bulan Jual Nasi Lemak, Mak Cik Ini Serang Peniaga & Minta Tutup Gerai Gara-Gara..

Pengalaman itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki, skyeskey007 yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi situasi tegang yang telah dialami oleh kawannya dengan rakan peniaga.

Menjual Nasi Lemak setiap pagi di tepi jalan raya, gerai kawannya telah diseorang oleh seorang mak cik dan abang yang menjual Nasi Lemak di kawasan berhampiran.

Gara-gara menjual produk yang sama iaitu Nasi Lemak, perkara itu menjadi isu dan kedua rakan peniaga itu kelihatan tidak berpuas hati dan menyuruh kawannya untuk segera berhenti menjual Nasi Lemak di situ. Serang Peniaga

Meskipun mereka cuba berbincang dengan tenang dan percaya bahawa setiap orang pasti mempunyai rezeki masing-masing, rakan peniaga itu tetap tidak ingin berlembut.

Penat berdebat dengan mereka, kawannya akhirnya mengalah dan buat keputusan untuk menutup gerainya. Kedua-dua mereka juga kelihatan tidak kisah dengan keputusan tersebut.

“Dah lah acik, baliklah kedai acik! Saya tak kacau acik pun! Jangan macam ni, rezeki Allah masing-masing! Acik jangan buat macam ni, tak baik tau acik? Saya datang acik terus tengking-tengking kenapa cik?”, jerit kawannya yang jelas tertekan dengan situasi itu. Serang Peniaga

Lelaki yang menemani mak cik itu bagaimanapun hanya menegaskan bahawa gerai kawannya perlu menjual produk lain.

Seorang lagi elaki yang ada di situ cuba menjelaskan situasi bagaimana gerai ini boleh menjual Nasi Lemak juga, tapi celah kawannya, dia menjual Nasi Lemak atas permintaan pelanggan.

“Tak ada. Tak ada, jangan tipu. Tak ada customer mintak. Jangan bagi alasan yang customer mintak. Aku bukak pukul lapan lebih dan aku tak nak Nasi Lemak ini ada esok. Awak nak meniaga pun lantak kau la!”, tegas mak cik itu.

Mendengar jawapan mak cik itu, kawannya semakin marah dan menekankan bahawa dia tidak mengganggu sesiapa pun sepanjang dia meniaga di situ.

Bila cuba menjelaskan, kedua-dua saingan itu berdalik dan cuba menuduh wanita itu berkasar dengan mereka.

Pergaduhan mereka menjadi tegang dan tergantung apabila lelaki yang cuba menjernihkan keadaan meninggikan suara.

https://www.tiktok.com/@skyeskey007/video/7153112420989340955?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@skyeskey007 Member aku bukak kdai nasik lemak baru sebulan, tetiba dtg acik ni ngan sorg laki ni serang kedai dia, maki2 sbb jual bnda sama. Korang bleh dengar weh dia siap warning lagi dia ckp “aku taknak tgok sini ada jual nsik lemak”. Rezeki masing2 la bodoe. Menyirap dengar cara dia cakap tu mmg nampak bebetul punya dengki la. Sbb org jual bnda sama ngan kedai kau je pun kau nak dtg serang org. Bodoe ke nyah? #malaysiatiktok #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Skyrullah

Meninjau di ruangan komen, kejadian itu mengejutkan orang ramai dan rata-rata meluahkan rasa kesal dengan sikap mak cik itu dan rakannya.

Sikap Melampau, Ramai Kecewa Dengan Mak Cik Itu

Serang Peniaga

Setiap orang telah tertulis rezeki masing-masing, jangan hanya tergilakan untung kita sanggup menutup periuk nasi orang lain. Nak bersaing boleh tapi biarlah secara sihat dan baik.

Semoga kita semua dijauhkan dari manusia sebegini dalam kehidupan.

Kredit: skyeskey007

Baca Juga: Anak Susah Bangun Dari Tidur, Akhirnya Ibu Ini Cuba Kejut Cara Lain, Terus Berdesup Bangun!

tags: | | |