Panna cotta merupakan pencuci mulut yang sangat enak dan terkenal, terutamanya di beberapa negara Barat terutamanya di Itali.
Teksturnya lembut dan dihiasi dengan sos sirap yang manis menjadikannya pencuci mulut yang sangat enak. Ramai yang menyangka penyediaannya tidak terlalu sukar. Namun, ia memerlukan sedikit masa dan kesabaran tapi hasilnya sangat berbaloi!
Di sini kami berkongsi resepi panna cotta beri yang anda boleh cuba sendiri di rumah yang telah diolah oleh Keroroyz Royz di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Penggemar Pencuci Mulut Wajib Cuba Resepi Panna Cotta Beri Ini, Memang Sedap!
Bahan panna cotta
- 1 cawan susu
- 2 1/2 sudu kecil gelatin – dapatkan yang ini
- 2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan + 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
- 1 cawan krim masam atau boleh guna yogurt asli
Bahan sos beri
- 2 cawan beri (resepi ini menggunakan strawberi dan blueberi)
- 3 sudu besar gula (boleh tambah atau kurangkan ikut selera anda)
- 1/2 sudu besar jus lemon
Cara membuat panna cotta
- Masukkan susu ke dalam periuk dan taburkan gelatin. Biarkan gelatin lembut selama 3 hingga 5 minit.
- Kemudian, hidupkan api sederhana kecil dan panaskan susu supaya gelatin cair. Kacau campuran susu dan gelatin sekadar muncul wap sahaja. Jangan hingga mendidih.
- Masukkan whipping cream, gula, esen vanilla dan garam. Kacau lagi 5 minit hingga gula cair dan campurkan krim berwap (jangan hingga mendidih). Alihkan periuk dari dapur dan sejukkan selama 5 minit.
- Masukkan krim masam atau yogurt ke dalam jug kecil. Kemudian, masukkan krim suam tadi sedikit demi sedikit dan whisk sentiasa ke dalam jug berisi krim masam atau yogurt.
- Bila adunan menjadi sebati, bahagikan ke dalam 6 gelas atau 8 ramekins. Sejukkan ke dalam chiller selama 4 hingga 6 jam.
Cara membuat sos beri
- Di dalam periuk yang sesuai, satukan 1cawan buah-buahan beri, jus lemon dan gula. Didihkan dengan api perlahan selama 4 hingga 5 minit sehingga buah-buahan beri menjadi seperti sirap.
- Masukkan baki 1 cawan beri tadi dan alihkan dari dapur.
- Sejukkan sehingga sirap berada di suhu bilik dan sudukan ke atas panna cotta.
- Sedia untuk dinikmati.
Dah siap hidangan ini. Memang nampak sungguh sedap, lagi-lagi makan semasa sejuk memang kena dengan tekak!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Keroroyz Royz
Baca Juga: Peniaga Ini Kongsi Resepi Kek Pandan Coconut Moist Creamy, Jual Ni 2 Jam Je Dah Sold Out!