Cuaca hujan yang lebat dan tidak menentu membuat orang ramai keresahan dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan, termasuklah banjir.
Sebagai langkah keselamatan, ramai juga menggelakkan diri untuk berada di luar dan hanya duduk di rumah. Namun, masih ada yang berdegil dan selesa untuk keluar meskipun pada hari yang sedang hujan lebat.
Terbaharu, seorang lelaki helmi_juhari telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat aneh yang telah dilihatnya.
Walaupun awan kelihatan mendung dan gelap, dia berada di luar untuk bersiar-siar di kawasan berhampiran. Tak sangka pula semasa berjalan-jalan, hujan tiba-tiba turun membasahi bumi.
Semasa hujan sudah reda, dia pula terserempak dengan seorang lelaki yang kelihatan sedang makan nasi kandar yang dibungkus di bawah hujan yang renyai.
Selamba menyuap nasi, dia juga berasa hairan bagaimana lelaki itu boleh selamba makan nasi di bawah hujan tanpa dibasahi. “Ilmu apa brader ni pakai? Orang lain dah lencun kena hujan, dia rileks je makan nasi kandar.”, tanyanya.
@helmi_juhari Tak basah pulak tu.. apa amalan brader ni? 😅. #hujan #padangkota #nasikandaqpenang
@helmi_juhari Tak basah pulak tu.. apa amalan brader ni? 😅. #hujan #padangkota #nasikandaqpenang ♬ 原聲 – 邁秋斯 – ›阿湯賢‹
Menjengah di ruangan komen, orang ramai tampil untuk menyelesaikan ‘misteri’ tersebut. Ada yang berpendapat bahawa lelaki itu tampil selepas hujan reda. Ada pula yang meninggalkan kata yang lucu.
“Dia baru turun dari kerajaan langit.”, usik pengguna idhammfaiz_.
Kalau ikutkan logik, mungkin lelaki itu tiba di lokasi tersebut selepas hujan lebat reda, jadi itulah sebab mengapa dia tidak basah. Tapi lucu juga bila membaca komen-komen yang ditinggalkan orang ramai, kan?
Sambil itu, kami juga ingin nasihatkan pada orang ramai untuk berhati-hati dan lihat ramalan cuaca sebelum membuat perancangan untuk keluar dari rumah.
Kredit: helmi_juhari
Baca Juga: Masuk Drive Thru McD Pakai Happy Meals, Gelagat Lucu Lelaki Ini Pun Buat Pekerja Keliru