Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peniaga Bagi Resepi Percuma, Brownies Chewy Gooey Kesukaan Semua!

Peniaga Bagi Resepi Percuma, Brownies Chewy Gooey Kesukaan Semua!

Kategori: ,
Brownies Chewy Gooey

Brownies hari ini mengandungi semua yang dapat dibayangkan, dari ceri kering yang direndam Chambord hingga biji kopi gula-gula dan semua yang ada di antaranya.

Brownies coklat yang jelas dan indah, seperti yang kita tahu dan menyukainya, mungkin berasal dari kreativiti Fannie Merritt Farmer ketika dia secara drastik mengurangkan tepung dalam salah satu resipi kek coklatnya. Jadi, terciptalah brownies yang enak dan rangup ini.

Jadi, untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan perkongsian resepi daripada seorang peniaga yang ingin memberi resepi Brownies Chewy Goeey secara percuma! Brownies ni memang dibuat untuk niaga dan sangat sedap.

Ia dikongsikan oleh seorang jurumasak yang terkenal di Facebook terutamanya, Azlina Ina. Korang mesti kenal dan pernanh dengar kan nama ni? Jom, kita ikuti resepi Brownies Chewy Gooey ini bersama.

Bahan-Bahan:

  • 1 kilogram coklat dark beryls coin
  • 300 gram majeriin/butter
  • 6 biji telur
  • 320 gram gula castor
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk kopi 3 in 1 (ikut pilihan, mak guna Old Tiwn White Coffee).
  • tepung self rising 220 gram
  • bekas kek (mak guna bekas kod 4363-P
  • walnut dan almond

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan 1kg coklat dark beryls coin dan 300 gram majerin dalam oven.
  2. Sementara itu, campur 6 biji telur dan 320 gram gula kastor dan whisk kan sebati.
  3. Masukkan bahan yang dicairkan tadi panas-panas ya dan kacau sebati juga.
  4. Selepas itu, masukkan pula 2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar serbuk coffee 3 in 1 guna serbuk kopi kesukaan.
  5. Lalu, campurkan tepung self rising 220 gram.
  6. Kacau sebati juga.
  7. Siap dah untuk dimasukkan dalam bekas. Yang ni guna kod 4363-P. Tabur walnut yang dah dibakar dahulu dengan almond. Ini sebab kadar tempoh masak bekas kecil-kecil ni tak lama. Jadi walnut dan almod kasar akan jadi lebih rangup.
  8. Tadaa, dapat 12 bekas.
  9. Bakar suhu 150-160 celcius masa 30 minit kalau guna loyang 8 atau 9 dapat 2 lloyang bakar suhu sama masa 45-50 minit ya.

Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey Brownies Chewy Gooey

Dah siap kita punya Brownies Chewy Gooey ni. Memang sedap sangat! Boleh digunakan untuk makan sendiri ataupun menjadi penyambung rezeki korang. Cubalah try!

Semoga perkongsiaan ini bermanfaat dan selamat mencuba semuanya.

Sumber: Azlina Ina

Baca juga: Resepi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!

tags: | |