Siapa yang suka sambal? Kebanyakan dari kita tak sah kan kalau tak ada sambal. Biasanya, kita makan nasi dengan sambal belacan atau sambal yang merah-merah tu kan? Untuk perkongsian kali ini, jom kita buat sambal versi goreng pula.
Memang sedap! Boleh makan dengan nasi panas-panas je tau. Sambal goreng ni boleh disediakan garing kering atau basah-basah. Ikut kesukaan dan citarasa masing-masing nak makan macam mana.
Jom cuba sambal goreng berapi ni sama-sama!
Resepi Sambal Goreng Berapi Mudah, Ini Cara Masak Ikut Langkah Yang Betul!
Bahan-Bahan:
- bawang besar
- bawang putih
- cili padi merah + hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
- ikan bilis
- asam keping + serbuk perasa
- kuali legend (ramuan utama sambal bertambah sedap)
Cara Penyediaan:
- Goreng semua bahan.
- Kisar hancur bahan yang digoreng tadi.
- Goreng balik bahan kisar. Boleh ikut citarasa, nak goreng kering atau sehingga kelihatan basah-basah sahaja.
- Siap! Boleh dimakan dengan nasi panas-panas ditambah telur mata kuning dan kicap!
Mudah sangat kan buat sambal goreng berapi? Ikut je langkah-langkah ni dan dah boleh buat sambal goreng dah. Nampak simple kan? Tapi sekali makan dengan nasi panas, memang akan tak boleh move on. Kadang-kadang, benda yang simple lagi menarik, kan?
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat menikmati.
Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli
Baca juga: Resepi Kuih Apam Gula Merah, Makan Pula Dengan Kelapa Parut Muda, Baru Rasa Lemaknya!