Industri Food & Beverage (F&B) memang punyai beberapa cabaran. Antaranya adalah waktu bekerja yang panjang, tugasan yang membebankan serta kerenah pelanggan yang memeningkan.
Kadang-kadang kesabaran pekerja F&B turut teruji bila berhadapan dengan pelanggan yang sukar dan tidak bertimbang rasa. Malah, macam-macam permintaan aneh yang pernah diterima, pekerja restoran makanan segera, Texas Chicken berkongsi antara yang paling pelik.
Di restoran makanan segera juga, pekerja F&B akan menghadapi pelbagai ragam pelanggan sewaktu bekerja. Di texaschicken.sg, perkara itu juga tidak dapat dielakkan.
Memuat naik sebuah video di laman TikTok, akaun itu berkongsi beberapa permintaan pelanggan yang aneh dan turut membuat mereka berasa hairan dan ada juga geram. Antaranya:
Pertama, meskipun Texas Chicken merupakan restoran makanan segera yang terkenal dengan ayam goreng, ada juga beberapa pelanggan yang akan meminta pekerja untuk menggoreng ayam mereka dengan sedikit minyak bagi menjaga kesihatan.
Kedua, walaupun ramai yang gemari kulit ayam hingga berebutnya, ada pelanggan yang akan meminta untuk pekerja membuangnya dari ayam mereka, mungkin tak suka atau untuk elakkan kalori yang tinggi.
Akhir sekali, permintaan ini mungkin yang paling membuat mana-mana pekerja berasa geram. Ada segelintir pelanggan baru sahaja memesan tapi tak sampai 30 saat mereka sudah memintanya.
@texaschicken.sg Why of course…. not #TexasChickenSG
@texaschicken.sg Why of course…. not #TexasChickenSG ♬ sonido original – Santiago Aghemo
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan, orang ramai turut berkongsi permintaan mereka yang turut dilihat agak lain dari yang lain, tentu pekerja turut pening kepala untuk menunaikannya.
Sabarlah para pekerja F&B sekalian. Manusia ini memang macam-macam ragam, kita hanya mampu tempuh sahaja. Selagi mampu hadap, buat sahajalah. Maklum la pelanggankan sentiasa tepat.
Kredit: texaschicken.sg