Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Periuk & Kuali Selalu Berkerak Lepas Masak? Wanita Ini Kongsi Tips Cuci Kerak Kuali, Tak Perlu Sental & Rendam

Periuk & Kuali Selalu Berkerak Lepas Masak? Wanita Ini Kongsi Tips Cuci Kerak Kuali, Tak Perlu Sental & Rendam

Kategori: ,
Tips Cuci Kerak Kuali

Aktiviti memasak di dapur ini memang seronok tapi nak tahu apa yang tak berapa best? Bila lepas masak pasti ada kerak hitam yang melekat pada kuali! Masalah ini selalu terjadi selepas menggoreng nasi.

Tak perlu sental dengan dawai besi atau rendam lama-lama, ada cara untuk membersihkan kerak tersebut dari kuali dengan segera. Di sini caranya.

Periuk & Kuali Selalu Berkerak Lepas Masak? Wanita Ini Kongsi Tips Cuci Kerak Kuali, Tak Perlu Sental & Rendam

Tips cuci kerak kuali ini telah dikongsikan oleh cik julespitch. Menurutnya, jika anda selalu menghadapi masalah kerak hitam pada kuali, bolehlah cuba cara ini. Di bawah kita berkongsi bahan yang diperlukan serta caranya.

Bahan-bahan

Cara-caranya

  1. Letak kuali yang berkerak di atas dapur.
  2. Tuangkan air yang secukupnya untuk meliputi kawasan berkerak. Tips Cuci Kerak Kuali Tips Cuci Kerak Kuali
  3. Tambahkan sabun baju. Tips Cuci Kerak Kuali
  4. Pasang api dapur dan rebus air sehingga mendidih.  Tips Cuci Kerak Kuali
  5. Tutup api dan basuh kuali seperti biasa menggunakan sabun pencuci pinggan dan air. Tips Cuci Kerak Kuali Tips Cuci Kerak Kuali Tips Cuci Kerak KualiTips Cuci Kerak Kuali

Tonton videonya di sini:

@julespitch

Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈 #tipsdapur #fypdongggggggg #fypシ

♬ CUFF IT – Beyoncé

@julespitch Dah tak payah menyakitkan tangan menyental kuali. Jamin kilat ✨ 😍 Siapa pakai nonstick tu silakan.. ni untuk kuali kampung ye 🙈 #tipsdapur #fypdongggggggg #fypシ ♬ CUFF IT – Beyoncé

Lepas dibasuh, kuali pun nampak bersinar seperti baru! Tips ini sangat berkesan dan sesuai digunakan bagi anda yang tak suka menyental kotoran dengan dawai besi dan merendam terlalu lama. Kadang-kadang rasa serabut juga bila melihat kuali belum dibasuh dalam sinki, kan? Jadi bolehlah menggunakan tips untuk membasuh kotoran kerak pada kuali anda.

Semoga tips ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

Kredit: julespitch

Baca Juga: Senarai Jenis Susu Tepung Baik Untuk Orang Dewasa, Lain Jenama, Lain Fungsinya

 

tags: | | |