Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Berbaloi Tapi..” – Beli Coklat Di Cameron Highlands, Lelaki Ini Kecewa Akhirnya Teruk Kena Scam

“Berbaloi Tapi..” – Beli Coklat Di Cameron Highlands, Lelaki Ini Kecewa Akhirnya Teruk Kena Scam

Kategori:
Coklat Di Cameron Highlands

Cameron Highlands menjadi tempat tumpuan para pelancong, tak kira lokal atau antarabangsa. Terkenal dengan ladang buah-buahan, taman flora dan fauna, muzium dan lain-lain, tak hairan mengapa tiap tahun ramai merancang untuk melancong ke sana.

Selain melawati tempat menarik, pelancong juga gemar membeli pelbagai barangan dan makanan yang dijual sebagai buah tangan.

Namun, mereka perlu berhati-hati dan memilih dengan sebaiknya kerana setengah barang dan makanan yang dibeli lebih indah khabar dari rupa.

“Berbaloi Tapi..” – Beli Coklat Di Cameron Highlands, Lelaki Ini Kecewa Akhirnya Teruk Kena Scam

Baru sahaja pulang melancong di Cameron Highlands, pengguna gajetberguna telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah mengecewakan yang telah menimpa ke atas dirinya.

Sambil di sana, lelaki itu ingin membeli beberapa buah tangan untuk diberi pada kawan-kawan atau sebagai kenangan. Coklat Di Cameron Highlands

Tak berminat untuk membeli buah strawberi seperti yang selalu dilakukan orang lain, dia lebih berminat untuk mendapatkan coklat yang dijual.

Dengan harga RM2 untuk satu kotak, dia segera membeli lima kotak pada harga RM10 untuk dibawa pulang.  Coklat Di Cameron Highlands Coklat Di Cameron Highlands

Teruja, dia periksa kandungan salah satu kotak coklat yang dibeli dan kecewa apabila mendapati hanya beberapa biji coklat yang diberi. Puas diperiksa, akhirnya sikit itu sahaja yang didapati. Walaupun membayarnya pada harga yang murah, dia tak sangka pengalamannya membeli coklat di Cameron Highlands adalah begitu pahit, rasa seperti kena scam!

@gajetberguna

sebenarnya lepas buat kira2 satu biji coklat tu 0.40 , tiada artificial flavor, kiranya berbaloi. Cuma kotak besar memberi harapan palsu . #cuticutimalaysia2022 #scam #chocolate #review #fyp

♬ original sound – Gajet Berguna – Gajet Berguna

@gajetberguna sebenarnya lepas buat kira2 satu biji coklat tu 0.40 , tiada artificial flavor, kiranya berbaloi. Cuma kotak besar memberi harapan palsu . #cuticutimalaysia2022 #scam #chocolate #review #fyp ♬ original sound – Gajet Berguna

Menjengah di ruangan komen, orang ramai hairan mengapa lelaki itu mendapatkan coklat tersebut di Cameron Highlands memandangkan ia juga dijual di kedai RM2 di seluruh negara. Memang betul-betul kena scam ini!

“Kalau abang nak tahu, coklat tu ada jual kat kedai 2 ringgit hahaha! Serupa cuma kat sana kotak just tukar kotak je.”, jelas ft BEMO.

Memang Kena Scam Sebab Coklat Tu Boleh Dapat Di Kedai 2 Ringgit Coklat Di Cameron Highlands

Jadi bagi anda yang ingin melancong ke Cameron Highlands dan berancang untuk membeli beberapa buah tangan, hati-hati dan bertanya dulu pada peniaga. Kalau peniaga ada menyediakan sample produk pun sangat bagus kerana anda boleh memeriksa sebelum membeli.

Kredit: gajetberguna

Baca Juga: Suka Makan Bebola Ikan Mentah, Gadis Ini Pening Kepala Dapat Kawan Sebilik Yang Pelik & Lawan Hukum

tags: | | |