Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut

Resipi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut

Kategori: ,
roti bakar perisa mentega & susu ala waffle

Biasanya, bila kita buat roti bakar, marjerin dan kaya yang jadi piliihan ramai. Selain itu, beberapa perisa jem yang sedap seperti strawberi memang sedap dinikmati dengan roti bakar.

Kalau korang nak try rasa yang baru dan sedap, perkongsian roti bakar kali ini memang untuk korang. Bayangkan makan roti bakar perisa mentega & susu ala waffle, dia betul-betul cair dalam mulut tau!

Jom ikut cara-caranya mengikut perkongsian resepi ini. Nikmati sendiri roti bakar perisa mentega & susu ala waffle dan juga ramai-ramai!

Resipi Roti Bakar Perisa Mentega & Susu Ala Waffle, Rasa Sedap Cair Dalam Mulut

Bahan-Bahan:

  • roti putih
  • mentega kacang
  • susu pekat manis
  • telur
  • sedikit minyak untuk masak

Cara Penyediaan:

  1. Pertama sekali, potong roti anda kepada empat bahagian. Jangan lupa untuk membuang kerak roti.
  2. Sapukan satu bahagian roti dengan mentega kacang dan lapiskan denggan kepingan roti kosong.
  3. Kemudian, sapukan satu lagi bahagian roti dengan susu. Dan lapiskan dengan roti lain.
  4. Di dalam mangkuk lain, pukul sebiji telur untuk dijadikan sebahagian bahan mencelup.
  5. Ambil kepingan roti yang telah siap disapu dengan mentega kacang san susu lalu celupkan di dalam telur.
  6. Masukkan sedikit minyak dan masak roti anda sehingga warnanya bertukar perang keemasan. Hujan

roti bakar perisa mentega & susu ala waffle roti bakar perisa mentega & susu ala waffle

Yeayyy, roti bakar perisa mentega & susu ala waffle dan siap! Macam korang makan waffle yang ada dua perisa di setiap sisi waffle tu, yang ni versi roti! Rugi kan kalau tak cuba.

Buat minum petang dengan keluarga atau kawan! Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan menikmati.

Baca juga: Senarai Jenis Susu Tepung Baik Untuk Orang Dewasa, Lain Jenama, Lain Fungsinya

tags: | |