Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Cukup Duit Untuk Beli Pembakar Roti, Akhirnya Pelajar Ini Terpaksa ‘Kreatif’ & Guna Cara Lain

Tak Cukup Duit Untuk Beli Pembakar Roti, Akhirnya Pelajar Ini Terpaksa ‘Kreatif’ & Guna Cara Lain

Kategori:
Pembakar-Roti

Tak semua pelajar universiti hidup mewah dan hanya menghabiskan duit ibu bapa. Ada yang terpaksa mengikat perut dan mengawal perbelanjaan kerana tidak mahu menyusahkan penjaga.

Namun, adakalanya mereka cepat bosan dan ingin makan sesuatu yang baru. Nak masak sendiri pun sukar apabila tak mempunyai kelengkapan dapur yang sesuai, jadi pelajar universiti perlu juga berfikir di luar kotak untuk memasak di asrama.

Tak Cukup Duit Untuk Beli Pembakar Roti, Akhirnya Pelajar Ini Terpaksa ‘Kreatif’ & Guna Cara Lain

Terbaharu, seorang pelajar universiti, one6_3 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi cara kreatif dia menyediakan roti bakar di asrama.

Gara-gara teringin untuk menikmati roti bakar, dia bagaimanapun tidak mampu menyediakannya kerana tidak mempunyai sebuah pembakar roti. Pembakar-Roti

Nekad untuk makan roti bakar, dia akhirnya mendapat ilham untuk mencuba sesuatu yang baru dan pergi mengambil sebuah seterika yang telah dipanaskan. Meletakkan roti di atas pinggan, dia terus ‘menggosok’ roti itu sehingga terbakar. Pembakar-Roti

Suhu yang panas itu berjaya membakar roti tersebut, namun hasilnya tidaklah sesempurna seperti menggunakan sebuah pembakar roti. Pembakar-Roti

Bagi pelajar yang tidak membawa pembakar roti ke asrama, mungkin anda juga boleh cuba cara ini?

@one6_3 #uitmdihatiku #unipurple #foryoupage ♬ WE CANNOT ESCAPE WE CANNOT COME OUT – Emile Morgan

Menjengah di ruangan komen, teknik membakar roti yang telah dikongsikan gadis itu menarik minat ramai. Namun, ramai yang nasihatinya supaya elak membakar roti secara begitu atas beberapa sebab.

“Kalau boleh, jangan guna iron ya. Bahaya sebab ia ada tindak balas kimia dan aluminium bila bertemu dengan roti makan dia akan jadi cococrunch!”, gurau seorang pengguna.

Manakala seorang lagi pengguna risau akan risiko pada kesihatan dan menasihatinya; “Cari aluminium foil, dik. Bukan direct iron. Esok terus check-in hospital kang!”.

Nak Buat Boleh Tapi Seeloknya Tahu Guna Cara Yang Selamat Pembakar-Roti Pembakar-Roti

Jika anda yang tiada pembakar roti, mungkin boleh cuba cara ini tapi seeloknya dilapik dengan aluminium foil bagi mengelakkan pencemaran makanan.

Selain itu, kita juga untuk menasihati untuk mendapatkan alat memasak yang bersesuai dan menggunakan hanya untuk tujuan memasak.

Kredit: one6_3

Baca Juga: Pelanggan Merungut Harga Makanan Gerai Tepi Jalan Mahal? Peniaga Ini Kongsi Cerita Sebenar!

 

 

tags: | | | |