Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Penonton Bagi Duit Gifts Di Live TikTok, Aleeya Zailan Derma Balik Dengan Cara Tak Sangka. Ini Ceritanya..

Penonton Bagi Duit Gifts Di Live TikTok, Aleeya Zailan Derma Balik Dengan Cara Tak Sangka. Ini Ceritanya..

Kategori:
Aleeya Zaini

Pada zaman yang semuanya hanya di hujung jari, teknologi membolehkan manusia untuk mencari wang di mana sahaja mereka berada. Misalnya, melakukan live video di TikTok dengan ratusan penonton yang menonton memberi ‘gifts’ dan akan ditukar ke bentuk wang adalah antara cara yang dilakukan oleh orang ramai.

Bercakap mengenai hal di atas, seorang usahawan tempatan yang terkenal di laman TikTok terutamanya, Aleeya Zailan, pengasas Avenys dan Vitalicia.Co mencuri tumpuan ramai apabila dia meyumbang kembali duit gift daripada live TikTok denngan cara menderma kepada yang memerlukan.

Penonton Bagi Duit Gifts Di Live TikTok, Aleeya Zailan Derma Balik Dengan Cara Tak Sangka. Ini Ceritanya..

Berkongsi momen indah yang memasak sendiri 340 kilogram sotong-sotong yang dibeli daripada duit yang diberikan kepadanya ketika sesi live di TikTok, ramai yang memuji usaha murni Aleeya dan suami, Azri Aziz.

Tambahan lagi, pasangan suami isteri itu turut menyalurkan dan mengagih sendiri hidangan kepada 340 jemaah masjid. Ia sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Syakirin Gombak baru-baru ini.

“Aleeya tak tahu nak buat apa dengan duit gifts banyak-banyak dan stars yang banyak korang semua bagi di FB dan TikTok waktu Aleeya live. Aleeya nak semua duit yang korang bagi suka-suka tu dapat kepada korang semua balik.

“Setiap Jumaat Aleeya akan dermakan semula gifts korang bagi kepada orang yang memerlukan. Tapi hari Maulud Nabi tu extra Aleeya bagi bersama hasil penjualan produk Avenys. Untuk ambil keberkatan dalam berniaga, Aleeya dan bigboss (suami) turun padang masak,” ceritanya dalam kisah derma duit gifts di live TikTok dengan bersedekah.

Guna Duit Gifts Live Sedekah Makan Untuk Orang Ramai

Katanya, sumbangan diserahkan kepada 340 Ahli Jawatannkuasa Masjid (AJK), asnaf dan peserta perarakan Maulud Nabi. Keputusannya untuk memasak sendiri hidangan yang disedekahkan kerana dia lebih selesa menjamu orang makan dengan air tangannya sendiri.

“Terima kasih atas pemberian gifts di TikTok selama ini. Mungkin ramai yang tak tahu kemana perginya semua duit gifts yang korang bagi tu. Inilah dia, Aleeya dermakan balik. Apapun yang korang bagi dekat saya, saya bagi balik dekat orang ramai dalam bentuk pahala. Semoga berkta rezeki kita semua ya,” luahnya lagi dalam kisah derma duit gifts di live TikTok dengan bersedekah.

“Korang Bagi Dekat Saya, Saya Bagi Balik Dekat Korang Dalam Bentuk Pahala”

Aleeya Zaini

@aleeyazailanavenys

terima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

@aleeyazailanavenysterima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini😭 mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala😭 semoga berkat rezeki kite semua ya 😭♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Melihat komen orang ramai, netizen kebanyakan terharu dengan tindakan Aleeya Zaillan yang menngambil keputusan untuk berbagi rezeki dengan yang memerlukan.

“Serious aku tak pernah tak tengok kalau dorang buat live. Aku suka cara dorang engagement dengan orang ramai. Paling pantang dorang hormat orang dan sentiasa positive. Selalu masak banyak dan share,” kata netizen.

“Suka Cara Aleeya Layan Orang Ramai..”

Aleeya Zaini

Semoga hal yang baik ini dicontohi dan semoga rezeki pembaca di luar sana juga dipermudahkan oleh Tuhan.

Sumber: Aleeya Zailan

Baca juga: Untung Jual Makanan Sedikit Tak Apa, Saya Nak Bantu Orang Dekat Luar Sana, Ujar Peniaga Kedai Makan

tags: | |