Penaksiran sesuatu tindakan adalah berbeza-beza untuk setiap manusia. Sesuatu tindakan dianggap subjektif dan ia ditafsir melalui sudut pandang seseorang. Selagi kita tidak berada di posisi situasi seseorang, mungkin cara kita melihat sesuatu tidak sama dengan individu yang terasa.
Seperti satu video luahan yang tular di TikTok, seorang peniaga makanan meluahkan rasa kesal dengan menceritakan pengalamannya berhadapan situasi yang pelangannya secara tidak langsung melukakan hatinya. Walau ia dilihat sebagai suatu tindakan yang baik, tetapi sebagai peniaga, dia merasakan hal itu tidak wajar dan ada cara yang lebih baik untuk melakukan kebaikan itu.
Katanya, dia agak terkilan apabila pelanggan seolah tidak menghargai titik peluh dia memasak apabila lauk jualannya diberi kepada anjing dengan cara yang dianggap tidak menghormati perasaan peniaga.
“Sekadar meluahkan sebagai seorang peniaga. Kejadian ni dah banyak berlaku sebenarnya, banyak sangat berlaku. Tapi yang semalam ni kejadian yang sangat paling dahsyat yang saya pernah terima. Bagi orang lain mungkin cakap benda ni pun nak touching.
“Kisah dia macam ni. Saya nak tutup kedai dan ayam goreng saya tinggal tak sampai 10 ketul macam tu pun. Dan ada datang satu hamba Allah saya tak tahu, dia memang seorang yang baik hati. Saya akui dia customer yang sangat baik hati.
“Dia stop tiba-tiba depan dan nampak rushing, dia keluar dari pintu kereta dan dia rushing dan cakap cepat-cepat saya nak beli ayam. Saya tanya berapa kak? Dia cakap nak dalam 2 ketul macam tu je.
“Bila masa saya nak masukkan dalam beg plastik, dan dia cakap tak payah. Dia hanya ambil dengan tangan dia dan ambil ayam goreng tu dan ambil dalam 2 ketul. Kemudian saya ingat dia nak masuk dalam kereta, tapi dia lari dan kejar anjing dekat depan tu, dia nak bagi makan.
“Anjing tu setiap kali saya habis niaga, dia akan tunggu lebihan makanan. Lebihan makanan saya akan bagi, saya akan bagi dekat tepi sudut dan bagi dorang makan. Dorang pun akan datang masa macam tu lah tapi dorang tak kacau orang pun,” luahnya dalam kisah pelanggan nak buat baik tapi tak sengaja sakitkan hatinya.
Tambahnya, pelanggan tersebut kembali ke kedainya untuk membeli ayam tersebut sekali lagi dan tanpa diduga dia turut mengambil bersama mangkuknya lalu pergi kejar sekali lagi anjing tu.
“Saya nak masukkan dalam plastik sekali lagi, lepastu dia cakap tak perlu dan ambil mangkuk, pergi kejar lagi sekali anjing tu. Kami sebagai peniaga, pernah tak akak terfikir penat saya masak. Tapi akak rushing, pegang macam tu saja makanan, pergi berlari bagi dekat anjing,” jelasnya.
Dia turut berkata, kekesalannya bukan kerana pelanggan memberi anjing makan, tetapi tingkah laku dan gelagat pelanggan melukakan hatinya.
“Seriously saya sedih, akak ambil je masuk dalam plastik. Akak blah dan akak bagi lah makan anjing tu.,” luahnya lagi dalam kisah pelanggan nak buat baik tapi tak sengaja sakitkan hatinya.
@susieamir Buat baik tapi tak sengaja menyakiti hati kami peniaga. #deep #asayamgorengspicy
@susieamir Buat baik tapi tak sengaja menyakiti hati kami peniaga. #deep #asayamgorengspicy ♬ Yasir Lana – arief akdw
Melihat ruangan komen, ramai yang berkata ini semua atas perihal adab dengan manusia dan ada juga peniaga lain yang turut merasakan hal sama.
“Orang yang meniaga sahaja yang tahu situasi begini,” kata netizen bernama Nana.
“Ini berkaitan dengan adab sesama manusia. Akak ni bukan sedih sebab customer dia buat baik. Tapi adab. Yang berada dalam situasi saja yang boleh faham,” kata netizen lain.
Semoga kedua-dua situasi ini akan membuat kita berfikir dengan sudut pandang yang berbeza dan sentiasa berbuat baik kepada manusia serta semua ciptaan Tuhan, di mana sahaja kita berada. Semoga dipermudahkan buat semua.
Sumber: Susie Amir
Baca juga: “Jualan Masih Slow..”, Peniaga Nasi Lemak Luah Rasa Sedih, Tak Sangka Ramai Bagi Petua Meniaga