Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nasi Putih Percuma Setiap Hari Jumaat, Peniaga Ini Dipuji Ramai Bantu Ringankan Beban Pelanggan

Nasi Putih Percuma Setiap Hari Jumaat, Peniaga Ini Dipuji Ramai Bantu Ringankan Beban Pelanggan

Kategori:
nasi putih percuma

Our breitling replica watches,produced in the same quality as the originals with all models at affordable prices.

Bersedekah ketika berniaga adalah satu hal yang dilihat mudah, tetapi tidak ramai yang berkemampuan untuk lakukan ia. Lebih-lebih lagi, ketika negara dilanda ekonomi yang terumbang-ambing. Jika ada rezeki dan kemampuan lebih, pasti ramai orang ingin melakukan hal yang sama.

Nasi Putih Percuma Setiap Hari Jumaat, Peniaga Ini Dipuji Ramai Bantu Ringankan Beban Pelanggan

nasi putih percuma

Seperti yang dikongsi oleh peniaga Restoran Ikan Bakar Petai Banjir yang menjual makanan lauk pauk kampung, dia telah mendapat pujian ramai apabila sedekah yang dilakukan pada setiap hari Jumaat membantu ramai pelanggan yang sedang berjimat-cermat.

Melalui perkongsian video di laman TikTok berkenaan, dia menceritakan bagaimana dia menyalurkan sedekah dalam perniagaannya dengan memberi nasi putih percuma pada setiap Hari Jumaat. Selain niat untuk bersedekah mendapat keberkatan dalam berniaga, peniaga ingin menolong mereka yang ingin makan di kedainya supaya mereka gembira.

nasi putih percuma

“Nasi putih percuma setiap hari Jumaat. Alhamdulillah moga perkongsian kami dapat membantu ringankan sedikit belanja kalian semua. Doakan kami istiqamah,” tulisnya menerusi video nasi putih percuma setiap hari Jumaat di kedainya.

Moga Dapat Bantu Ringankan Beban Belanja Pelanggan

nasi putih percuma

Tambahnya lagi, dia juga telah memberi informasi untuk peta ke kedainya dengan waze: Meda Selera Adikku, Sungai Ramai Dalam, Kajang.

Untuk rekod, nasi putih sepinggan biasanya dijual dalam anggaran RM1.50 hingga RM2.00 sepinggan di rata-rata kedai makan di Malaysia.

nasi putih percuma

@ikanbakarpetaibanjir NASI PERCUMA SETIAP JUMAAT.. INSYALLAH..#sotongbakarviral #lunchviralkajang #ikanbakarpetaibanjir #LAUKKAMPUNG #IKANBAKARVIRAL #IKANBAKARBANGI #IKANBAKAR #MASAKANKAMPUNG #klfoodie #foodhunter ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A

Meninjau ruangan komen, ramai yang memuji tindakan dan keikhlasan peniaga kedai makan Ikan Bakar Petai Banjir yang bersedekah dengan cara sebegitu. Hal itu mungkin dilihat kecil tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada setiap pelanggan yang datang untuk makan.

“Ya Allah mewahkanlah rezeki nya. Kurniakan kesihatan baik buatnya. Permudahkanlah segalanya. Amin,” kata seorang netizen dengan nama madamtopi mendoakan kesejahteraan peniaga itu.

“Alhamdulillah semoga perniagaan kalian barokah dan sentiasa dimurahkan rezeki,” kata seorang lagi netizen dengan nama Rafiza Kulaan.

Moga Peniaga Dimurahkan Rezeki Selalu

nasi putih percuma

Semoga dengan kebaikan kisah peniaga memberi nasi putih percuma setiap hari Jumaat dapat memberi kesenangan kepada mereka di luar sana. Terima kasih dan tahniah kepada peniaga, semoga perniagaan semakin sukses dan jangan pernah berhenti menyebarkan kebaikan.

Sumber: Ikan Bakar Petai Banjir

Baca juga: Pekerja Kongsi Kisah Pelanggan Tanggalkan Selipar Masuk 7-Eleven, Cerita Ini Buat Ramai Sebak..

tags: | |