Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Nampak Macam Ramen, Minuman Terbaharu Dari Tealive Tarik Perhatian Orang Ramai

Nampak Macam Ramen, Minuman Terbaharu Dari Tealive Tarik Perhatian Orang Ramai

Kategori:
minuman terbaharu dari tealive

Jenama Tealive tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan teh susu bersama boba, Tealive semakin berkembang dan asyik melancarkan perisa baharu untuk dicuba.

Kali ini, Tealive memperkenalkan minuman Caeamel Pudding Ramen Milk Tea dan Caramel Pudding Ramen Smoothie yang menjadi bualan orang ramai! minuman terbaharu dari tealive

Nampak Macam Ramen, Minuman Terbaharu Dari Tealive Tarik Perhatian Orang Ramai

Bagi penggemar ramen dan Tealive, minuman ini pasti menarik perhatian korang, kan? Tak sangka pula Tealive begitu kreatif dengan melancarkan siri minuman Caramel Pudding Ramen ini.

Kini anda boleh mendapatkan Caramel Pudding Ramen Milk Tea pada harga RM10.20 manakala Caramel Pudding Ramen Smoothie pada harga RM12.17 sahaja.

minuman terbaharu dari tealive

Dari rupanya, mesti ramai yang menyangka bahawa rasa minuman ini sebijik seperti ramen atau mempunyai rasa yang savori tapi jangan tertipu tau! ‘Ramen’ itu hanyalah pudding, manakala telur itu pula ‘gummi’ yang dijadikan topper minuman tersebut.

Sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba ke Tealive terdekat bagi mencuba minuman terbaharu itu. Malah, semua kebanyakkan juga meninggalkan review yang sangat positif pada minuman tersebut.

https://www.tiktok.com/@agnes.joy/video/7117895406113082650

@agnes.joy Tealive New Drink : Pudding Ramen Caramel Smoothie 🧋 #tiktok #food #tealive #drink #bubble #tea #unique #special ♬ ชอบเธออะ (ท่อนละลาย) – Ptrp Studio

Jadi tunggu apa lagi? Ayuh ke cawangan Tealive berhampiran anda untuk mencuba keluaran terbaharu Tealive ini!

Kredit: Tealive Asia

Baca Juga: Asyik Repeat Air Tealive Yang Sama? Ini 13 Menu Tealive Yang Sedap Dan Wajib Anda Cuba

tags: | |