Memberi hadiah pada pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sudah menjadi satu adat dalam masyarakat kita. Malah, hal itu dapat membantu mereka untuk bersiap sedia menempuhi alam perkahwinan dan berjimat-cermat.
Dengan begitu banyak hadiah yang diterima, tentunya pasangan tersebut yang paling teruja untuk membuka satu per satu. Tak sabar untuk melihat pemberian tetamu, dalam banyak-banyak, pasti ada yang menarik dan lain dari yang lain.
Terbaharu, seorang wanita makcikratu telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi gelagat pasangan pengantin baru yang sedang teruja membuka bungkusan hadiah yang diterima.
Dengan begitu banyak hadiah yang telah diperolehi, sebuah kotak besar dan berat bagaimanapun menarik minat mereka.
Gigih diambil walaupun berat, pasangan itu membuka kotak itu dan terkejut apabila membukanya.
Tak sangka menerima satu kotak yang penuh dengan barangan dapur, mereka periksa satu per satu kandungan kotak itu. Selain biskut, tepung, gula, bawang-bawang, mereka turut menerima rempah-ratus.
Dengan begitu banyak barang dapur yang diterima, pengantin perempuanlah yang paling teruja untuk masak di dapur dan dapat menerima begitu banyak barang dapur. Inilah hadiah perkahwinan yang paling unik!
Tonton gelagat pasangan pengantin tersebut melakukan un-boxing dalam video di bawah.
@makcikratu Pengantin baru,baru nak unboxing semua present. Today pengantin baru tak keje. Hadiah plg rare jatuh kpd Ady Mercun Bola … Sampai koyak kotak depa tarik,berat yakamat, haha.. Sapa rajin tengok la video ni smpi habis ya. Terima kasih anak menakan makcik tokey bihun sup Utagha yg baik hati yg single and available.. Ada 4 kekosongan,hahaha.. Sapa nak book tokey sekali bihun sup roger cepat, hehe.#hadiahkahwin #hadiahrare #nikahday #weddingday #weddingtiktok
@makcikratu Pengantin baru,baru nak unboxing semua present. Today pengantin baru tak keje. Hadiah plg rare jatuh kpd Ady Mercun Bola … Sampai koyak kotak depa tarik,berat yakamat, haha.. Sapa rajin tengok la video ni smpi habis ya. Terima kasih anak menakan makcik tokey bihun sup Utagha yg baik hati yg single and available.. Ada 4 kekosongan,hahaha.. Sapa nak book tokey sekali bihun sup roger cepat, hehe.#hadiahkahwin #hadiahrare #nikahday #weddingday #weddingtiktok ♬ Makhluk Tuhan Paling Sexy – Mulan Jameela
Menjengah di ruangan komen, orang ramai berasa ‘cemburu’ dengan pasangan itu kerana menerima hadiah kahwin yang paling berguna. Walaupun unik tapi hadiah ini lah yang paling diperlukan.
Mana-mana pengantin akan suka bila dapat hadiah macam ni. Maklumlah sekarang harga barang dapur semakin mahal jadi hadiah seperti ini dapat bantu meringankan beban mereka.
Kredit: makcikratu
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Beli Nasi Lemak Beratur 7E, Teruja Jadi Pelanggan Pertama!