Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Simpati & Tolong Beli Aiskrim, Lelaki Ini Tak Sangka Begini Cara Pak Cik Itu Membalasnya

Gara-Gara Simpati & Tolong Beli Aiskrim, Lelaki Ini Tak Sangka Begini Cara Pak Cik Itu Membalasnya

Kategori: ,
tolong-beli-aiskrim

Keadaan ekonomi terkini sangat mencabar, malah semua lapisan umur terkesan dan perlu bertungkus-lumus demi mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Melihat masih ada segelintir warga emas yang perlu penat mencari rezeki, tentu kita akan berasa simpati dan sedia untuk menolong. Dengan cara begitu, mungkin ada balasan baik pada diri kita.

Gara-Gara Simpati & Tolong Beli Aiskrim, Lelaki Ini Tak Sangka Begini Cara Pak Cik Itu Membalasnya

Terbaharu, seorang lelaki razlie, telah memuat naik sebuah video di laman media sosial untuk berkongsi yang sangat menyentuh hatinya.

Berada di kedai kawannya, dia melihat seorang warga emas yang membawa satu bekas aiskrim untuk dijual. Bersimpati melihat pakcik itu kepenatan mencari rezeki, dia berasa tergerak untuk membantu dengan membeli sedikit jualannya. tolong-beli-aiskrim

Selepas membeli, lelaki itu terkejut bila melihat warga emas tersebut tiba-tiba berdiri di hadapan kedai mereka dan membaca beberapa ayat suci Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. tolong-beli-aiskrim

Agaknya ingin pelanggannya turut dimurahkan rezeki, dia berasa bersyukur dan berterima kasih atas doa ikhlas pak cik itu dan berharap dia turut memperolehi kebaikkan dan rezeki yang sama.

https://www.tiktok.com/@hajiketum6/video/7160201281691323674?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@hajiketum6Tengahari tadi datang sorang pakcik ni jual aiskrim sincola di depan kedai kawan . saya beli sikit untuk support beliau .lepastu beliau berdiri depan kedai dan bacakan doa yang panjang, doa yang bersungguh2. Last sekali beliau bacakan surah AsySyu’ara’ ayat 88-89 berulang2 kali dan akhiri dgn surah Al-Fatihah. Terima kasih banyak atas doanya pakcik, moga semua doa ikhlas pakcik ni kembali kepada diri pakcik semula. Aamiin 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻♬ I’Tiraf (Sebuah Pengakuan) – Devy Berlian

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa terharu dengan perkongsian itu dan mendoakan agar kedua mereka dimurahkan rezeki dan diberi seribu kebaikkan.

“Nampak dia sangat menghargai sokongan orang untuk dia. Mudahan sihat selalu pakcik. Mudahan jadi asbab untuk kebaikkan jua.”, ujar nfh3099.

Terharu, Ramai Turut Mendoakan Kedau-Duanya tolong-beli-aiskrim

Percayalah bahawa setiap sedekah dan bantuan yang dilakukan pasti ada balasannya. Mungkin bagi anda ia tidaklah begitu besar tapi sedikit sedekah anda mampu membantu mereka yang sedang kesusahan.

Kredit: razlie

Baca Juga: “Asal Boleh Saja!” – Wanita Ini Kesal Minta Suami Simpan Lauk Yang Tak Habis, Akhirnya Jadi Begini

tags: | | |