Sebelum wujudnya pinggan mangkuk plastik dan seramik, orang dahulu sering menggunakan daun pisang bagi mengalas makanan mereka. Malah sehingga kini, ia masih diamalkan.
Ini kerana daun itu memberi aroma pada masakan dan jika dilihat, kebanyakkan nasi lemak bungkus yang dibeli dari gera masih menggunakannya. Namun, segelintir peniaga ingin berjimat dan berkira dalam penggunaannya.
Agaknya mungkin itulah niat peniaga yang telah ditemui iezam_hashim. Gara-gara kelaparan, dia telah membeli sebungkus nasi lemak daun pisang dari peniaga itu bagi mengisi perutnya yang kosong.
Walaupun begitu, selepas perlahan membuka bungkusannya, dia agak terkilan melihat rupa nasi lemak daun pisang yang telah dibelinya.
Cukup dengan nasi, sambal, telur dan timun, perkara yang mengejutkannya adalah daun pisang yang telah digunakan oleh peniaga. Hanya letak satu kerat seperti ribbon, dia belum pernah melihat peniaga yang kedekut daun pisang dengan pelanggan!
@iezam_hashim #nasilemak #daunpisang ♬ Oh No No No – Music Falcon
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut berasa terhibur melihat rupa nasi lemak daun pisang tersebut.
“Daun pisang mahal dik. Kalau beli pun diluar cantik, kat dalam ada yang buruk, daun tak elok.”, jelas seorang pengguna.
Gelak seorang pengguna pula, “Ala, comelnya daun pisang pun!”.
Mungkin harga daun pisang dah semakin mahal telah memaksa peniaga itu menggunakan sekerat sahaja. Walau apapun, yang penting rasanya sedap dan boleh dimakan.
Kredit: iezam_hashim
Baca Juga: Gara-Gara Simpati & Tolong Beli Aiskrim, Lelaki Ini Tak Sangka Begini Cara Pak Cik Itu Membalasnya