Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Nasi Ayam Penyet Dapat Isi Hitam, Wanita Ini Sakit Hati Lepas Beritahu Pekerja

Beli Nasi Ayam Penyet Dapat Isi Hitam, Wanita Ini Sakit Hati Lepas Beritahu Pekerja

Kategori:
isi-hitam

Penggemar makanan pedas begitu menggemari hidangan Nasi Ayam Penyet. Malah di Malaysia. restoran Nasi Ayam Penyet tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Dengan begitu banyak pilihan, orang ramai dinasihati untuk membuat pilihan yang elok kerana tak semuanya menghidangkan makanan dan memberi perkhidmatan yang berkualiti.

Beli Nasi Ayam Penyet Dapat Isi Hitam, Wanita Ini Sakit Hati Lepas Cerita Pada Pekerja

Perkara itu dialami sendiri oleh seorang wanita, izzah u. yang menceritakan pengalaman menghampakan dirinya.

Berkongsi di Twitter, wanita tersebut telah ke sebuah restoran Nasi Ayam Penyet terkenal untuk menikmati sepinggan nasi bersama ayam penyet dan sambal.

Namun setelah makannya tiba dan dia baru sahaja ingin menjamahnya, dia berasa kecewa apabila mendapati ayam yang diberi mempunyai isi yang hitam dan berbau, tak sesuai untuk dimakan. isi-hitam

Tak berpuas hati dengan hal itu, dia segera mengemukakan perkara tersebut pada pekerja yang bertugas dan minta untuk ditukar.

Walau bagaimanapun, jawapan pekerja lebih menghampakan. Tiada kata-kata maaf yang diucapkan, sebaliknya pekerja itu hanya memberitahunya begini; “Saya bau elok sahaja, nak tukar kena tambah RM5!”.

Mendengar reaksi pekerja pada aduannya, wanita itu bertambah kecewa dan akhirnya berasa perlu meluahkannya di media sosial supaya nasib yang sama tidak menimpa pelanggan lain, tambahan pihak restoran juga lebih sedar pada kesalahan mereka.

Meninjau di ruangan reply, ramai juga warganet yang turu t berkongsi peristiwa sama yang dialami mereka.

Ramai Turut Kecewa Dengan Restoran Itu Isi Hitam Isi Hitam Isi Hitam

Agak mengecewakan apabila masih ada restoran yang tidak menitikberatkan kualiti makanan yang dihidangkan pada pelanggan dan paling menyedihkan apabila perkhidmatan pelanggan juga tidak dijaga.

Kami berharap agar perkara ini menjadi satu pengajaran buat semua peniaga di luar sana.

Kredit: izzah.u

Baca Juga: “Tu Ulam Ke?” – Rupa Nasi Lemak Daun Pisang Lelaki Ini Buat Orang Ramai Geli Hati

tags: | | |