Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Lemon Kampung Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak, Memang Sedap!

Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Lemon Kampung Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak, Memang Sedap!

Kategori: ,
Ayam Lemon Kampung

Lauk ayam lemon mempunyai rasa yang masin, manis dan masam. Bagi anda yang ingin berdiet juga, ia menjadi hidangan yang sesuai untuk dijadikan lauk bersama nasi putih.

Kalau berminat untuk cuba, ikuti resepi ayam lemon kampung ini menjadi kesukaan anak-anak Ibu Zarah. Resepinya ini terlalu mudah, jom baca untuk ketahui caranya.

Wanita Ini Kongsi Resepi Ayam Lemon Kampung Yang Menjadi Kesukaan Anak-Anak, Memang Sedap!

Bahan-bahan

  • Seekor ayam (potong empat)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Tepung jagung
  • Minyak masak
  • Bawang putih (dicincang)
  • Capsicum (potong dadu)
  • Bawang merah (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • 1.5 liter air
  • Serbuk kunyit
  • Jus perahan lemon
  • Gula
  • Tepung jagung dibancuh bersama air

Cara-caranya

  1. Sediakan ayam dan lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung yang secukupnya. Ayam Lemon Kampung Ayam Lemon Kampung
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam yang disediakan tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan. Ayam Lemon Kampung
  3. Dalam kuali yang asing, panaskan sedikit minyak masak. Ayam Lemon Kampung
  4. Goreng bawang putih yang dicincang hingga naik bau harum dan kuning. Ayam Lemon Kampung
  5. Masukkan bawang merah dan bawang holland. Ayam Lemon Kampung
  6. Tambahkan air dan sedikit serbuk kunyit supaya kuah menjadi kuning. Ayam Lemon Kampung
  7. Letakkan gula, garam, air perahan lemon, ayam goreng ke dalam kuah dan biarkan mendidih. Seterusnya, masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuahnya. Pasti ada rasa manis, masin dan masam. Ayam Lemon Kampung
  8. Dah siap untuk dinikmati. Ayam Lemon Kampung

Nampak sungguh menyelerakan hidangan ini, kan? Kalau bosan asyik makan lauk yang sama, anda boleh cuba resepi ayam lemon kampung ini. Dijamin akan jatuh cinta dengan rasanya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Ibu Zarah

Baca Juga: “Paling Laku Kalau Jual..”, Wanita Kongsi Resepi Mi Kuah Turun Temurun Kelantan Style

tags: | | |