Tempe sudah tidak asing bagi penggemar masakan Melayu dan Indonesia. Diperbuat dari kacang soya seperti tofu, ia sesuai digunakan dalam pelbagai jenis resepi tapi selalunya ramai yang suka menggorengnya sehingga garing bersama sambal dan ikan bilis bagi memberi rasa yang pedas.
Kalau puas dimakan begitu, anda juga boleh cuba resepi tempe goreng berempah ini yang sesuai dimakan begitu sahaja. Ikuti cara untuk membuatnya yang telah dikongsikan oleh Jaa Ishak di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Penggemar tempe boleh lah cuba resepi tempe goreng berempah ini. Nampak ringkas sahaja tapi rasanya tentu tak akan mengecewakan. Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh mencicahnya bersama sambal kicap. Lebih nikmat!
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.
Kredit: Jaa Ishak
Baca Juga: Resepi Ayam Perap Berempah Ala Mamak, Simple Tapi Padu! Simpan Dalam Peti Terus Goreng