Di Malaysia, budaya menghormati orang yang lebih tua sudah diterap semenjak kecil dan kita juga dididik untuk menerima teguran mereka dengan hati yang terbuka.
Namun begitu, ada adab untuk menegur seseorang. Meskipun usia seseorang itu lebih senior, itu bukannya hak untuk bertindak biadab terhadap orang lain.
Terbaharu, seorang pengguna media sosial, nidz.rain telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi sikap biadab seorang lelaki berusia yang telah ditemuinya di sebuah restoran mamak.
Seleranya untuk makan terus hilang apabila dia terpaksa mendengar pak cik itu memberikan satu ceramah pada pelanggan di meja sebelahnya.
Gara-gara mereka bersarapan pagi di sana dan memesan nasi kandar bersama minuman manis, pak cik tersebut terus menghampiri mereka dan membebel mengenai tabiat pemakanan mereka yang tidak sihat.
Simpati, wanita itu menyedari bahawa pelanggan tersebut kelihatan tidak selesa tapi hanya berdiam diri, mungkin kerana masih menghormati pak cik itu.
Lama juga dia memberi ceramah pada mereka dengan nada yang marah, wanita itu akhirnya menghampiri gadis yang bertudung itu dan menasihatinya untuk meninggalkan tempat itu jika tidak selesa. Dia juga turut memberitahu bahawa dia dan keluarga juga terkena perkara yang sama.
Terkejut dengan nasihatnya, gadis itu hanya mampu menggelakkan hal tersebut.
@nidz.rain Replying to @orangebearrara meja sebelah tu ada 3 org. 2 perempuan, 1 lelaki. melayu cina india semua ada. maybe dorg ni baru habis site visit atau meeting ke apa. tp mmg nmpk yg dorg ni mcm x sempat nak breakfast awal tu.. skali kene sound.. kesian weiii
@nidz.rain Replying to @orangebearrara ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa ‘panas’ melihat tindakan pak cik tersebut yang tidak tahu menghormati dan adab untuk menegur orang lain.
“Kalau pak cik jumpa saya, pak cik silap besar. Pantang betul orang tengah makan duk memekak lak hahahah!”, tegas seorang pengguna.
Ada juga yang bersimpati dengan pelanggan tersebut yang terpaksa tunduk dan menadah telinga sahaja ketika berhadapan dengan pak cik tersebut. “Kesiannya! Kau bayang kan, they had a rough day, dah lah tak sempat breakfast, time lunch pulak kena hamun dengan strangers.”, menangis seorang pengguna.
Meskipun niatnya baik tapi ada adab dalam menegur seseorang. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap sebegini yang akhirnya membuat orang lain malu dan meluat.
Kredit: nidz.rain
Baca Juga: “Masuk Kereta Menangis..” – Pekerja Restoran Kacau Surprise Untuk Suami, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa