Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal, Sangat Berkesan & Lebih Jimat

Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal, Sangat Berkesan & Lebih Jimat

Kategori:
Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal

Seterika baju yang menggunakan wap menjadi idaman para wanita dan suri rumah. Memudahkan kerja menggosok pakaian serta menjimatkan masa, ramai yang mendapatkannya.

Namun begitu, harga untuk sebiji seterika baju wap boleh mencecah ratusan ringgit dan ramai di antara kita tidak mampu untuk memilikinya atau perlu mengumpul duit dahulu.

Tak perlu risau, di sini kami ingin berkongsi cara gosok pakaian macam guna seterika baju mahal yang telah dikongsikan oleh julespitch di laman TikTok.

Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal, Sangat Berkesan & Lebih Jimat

Tak perlu risau jika anda tiada seterika baju mahal, ambil sahaja barang satu kotak aluminium foil yang ada di dapur dan tentunya ia sangat berkesan.

Bahan

  • Aluminium foil (dapatkan di sini)

Cara-caranya

  1. Ukur dan potong aluminium diperlukan mengikut size papan penggosok anda. Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal
  2. Letakkan aluminium foil di permukaan papan penggosok anda. Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal
  3. Kemudian, tutup aluminium foil dengan kain. Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal
  4. Gosok baju seperti biasa dan lihat baju anda sekejap sahaja digosok, sedia untuk dipakai. Cara Gosok Pakaian Macam Guna Seterika Baju Mahal

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, tonton video di sini.

@julespitch

Belum ada budget beli steam iron philps gosok sebelah boleh cuba tips jimat ni 😍 nanti kumpul la duit beli eh 🫣 #tipsdapur #tipsjimat #steamironphilips #fypdongggggggg #fypシ

♬ salah jodoh – acha

@julespitch Belum ada budget beli steam iron philps gosok sebelah boleh cuba tips jimat ni 😍 nanti kumpul la duit beli eh 🫣 #tipsdapur #tipsjimat #steamironphilips #fypdongggggggg #fypシ ♬ salah jodoh – acha

Wah, memang berkesan sangat! Siapa yang pernah cuba tip ini? Lebih jimat dan kerja menggosok pakaian pun jadi mudah dan cepat, nampak kemas sangat!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan tip ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: julespitch

Baca Juga: Banyak Rahsianya! Ini Petua Daun Pandan Ikut Tradisi Orang Kampung

 

 

tags: | |