Wanita dengan makanan berpisah tiada. Kalau hidang sahaja apa jenis makanan di hadapan mereka, tentu cepat sahaja habis.
Malah semasa menikmati makanan, mereka hingga tak sedar pada dunia sekeliling mereka, hingga orang lain cuba menegur pun tak perasan!
Seorang wanita aleeya, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi kisah yang sangat memalukan buat dirinya.
Kisahnya, dia telah mengunjungi sebuah restoran Jepun untuk menikmati beberapa piring sushi.
Merakam dirinya sedang sakan menikmati sushi-sushi yang ada, wanita itu tidak menyedari kelibat seorang pekerja di belakang dan sedang melambai ke dirinya.
Beberapa kali cuba melambai tapi masih lagi tidak mendapat perhatian wanita itu, pekerja tersebut akhirnya berdiam diri.
Pulang ke rumah, dia sudah melihat rakaman tersebut dan berasa malu dan kesal, risau pekerja itu akan mempunyai tanggapan buruk terhadap dirinya.
https://www.tiktok.com/@mommyanaksorangg/video/7161722259806113051
@mommyanaksorangg Perempuan kalau dah lapar semua benda tak perasan, apek tu mesti ingat aku syok sendiri sebab tak respon dia lambai😭😭😭 #fyp ♬ original sound – MYA
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa kasihan pada pekerja tersebut kerana tidak dilayan. Baru nak mesra tapi tidak disedari. “Ala! Kesian kat abang belakang tu.”, ujar seorang pengguna.
Kesian pula lihat pekerja itu untuk cuba bermesra tapi akhirnya tidak dilayan wanita itu. Tak mengapalah, perkara itu bukannya disengajakan. Bila sedap sangat makan, memang kita juga akan lupa dunia dan orang sekeliling.
Kredit: aleeya
Baca Juga: Suami Lupa Bawa Dompet Masa Makan Di Kedai Makan, Reaksi Isteri Buat Orang Ramai Pecah Perut