Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Kongsi Kisah Pilu Permintaan Terakhir Isteri Suapkan Nasi, Tak Sangka Jadi Kenangan Terakhir Mereka

Suami Kongsi Kisah Pilu Permintaan Terakhir Isteri Suapkan Nasi, Tak Sangka Jadi Kenangan Terakhir Mereka

Kategori:
permintaan terakhir isteri

‘Makan dan suapan terakhir isteri saya, Bella.”

Begitulah kapsyen luahan hati yang ditulis seorang lelaki yang juga seorang suami pada semua video yang dimuatnaik naik di laman TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Suami Kongsi Kisah Pilu Permintaan Terakhir Isteri Suapkan Nasi, Tak Sangka Jadi Kenangan Terakhir Mereka

permintaan terakhir isteri

Menurut mStar, luahan hatinya pada ruangan kapsyen posting tersebut menceritakan momen-momen akhir dia bersama isterinya, Nabella Azman cukup meruntun jiwa yang melihatnya.

Jelasnya, dia langsung tidak menyangka permintaan isterinya supaya disuapkan nasi akan menjadi kenangan terakhir antara dirinya dan wanita itu.

Eyjat menyangka pada malam itu, Bella semakin pulih daripada sakitnya apabila berselera dan mahu makan banyak, malah minta untuk disuapkan nasi.

“Arwah selera makan malam tu rupanya itulah makan terkahir dia.

“Dalam hati terdetik kata ‘isteri aku dah semakin sihat’ rupanya hanyalah untuk buat kita ingat dengan dia yang itu adalah perubahan diri dia yang kita tak nampak.

“Patut banyak kali arwah tanya, suapkan boleh?” tulis Eyjat dalam kisah permintaan terakhir isteri.

Isteri Selera Makan, Ingat Makin Pulih…

permintaan terakhir isteri

Dalam video berdurasi 14 saat yang tular, kelihatan Eyjat menggaul nasi putih bersama lauk masak lemak ayam.

“Siap suap nasi,” kata Bella menunjukkan rasa terharunya sebelum Eyjat mencubit bahagian ayam lalu menyuap makanan tersebut ke mulutnya.

Dalam masa yang sama juga, Bella sempat membuat rakaman video suaminya yang sedang menggaul dan menyuap nasi seperti yang diminta.

Menurut Eyjat yang menjaga isterinya bersama ibu, setelah selesai makan, isterinya memberitahu mahu ke bilik mereka untuk berehat.

Sekali lagi, Eyjat tidak terfikir apa-apa. Tetapi setelah kehilangan isterinya, dia percaya wanita itu mahu meluangkan masa-masa terakhirnya supaya dapat diluangkan bersama.

Kata Eyjat, isterinya meninggal dunia pada hari berikutnya setelah segala permintaannya ditunaikan.

“Lepas makan tu dia request nak masuk baring dekat dalam bilik kami sekejap. Sebab masa dia sakit tu kami duduk dalam bilik dekat mak sebab senang mak nak pantau dia masa satau tak ada.

“Rupanya dia nak nikmati sisa kenangan dalam bilik tu untuk kali terkahir seolah-olah macam tahu itu adalah malam terakhir di pangkuan, dalam pelukan saya,” jelasnya dalam kisah permintaan terakhir isteri.

“Seolah-Olah Dia Tahu Dia Akan Pergi…”

Semakan mStar mendapati isterinya meninggal dunia disebabkan jangkita kuman pada paru-paru. Ramai bersimpati dengan nasib yang menimpa Ejyat sehinggakan kisahnya meraih hampir 1 juta tontonan yang mengundang sebak ramai.

Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mengenali Bella serta mengakui arwah merupakan seorang yang baik hati.

@eyjatghazali

Malam terakhir arwah bella,sempat suap nasi untuk arwah,,arwah selera makan mlm tu rpanya itulah makan terakhir arwah..dlam hati terdetik kata wife aku dah semakin sihat rpanya hanyalah untuk buat kita ingt dkat dia yg itu adalah perubahan diri dia yg kita tak nmpak..patut bnyk kali arwah mintak suapkan boleh..lpas mkn tu dia request nak masuk baring dkat dlam bilik kami sat. Sbb masa dia sakit tu kami duduk dlam bilik dekat dgn mak sbb senang mak nak pantau dia masa saya takdak..rupanya dia nak nikmati sisa kenangan dlam bilik tu untuk kali terakhir seolah2 mcm dia tau tu adalah mlm terakhir dia dlam bilik kami..esoknya tepat pukul 2.10 minit ptg bella menghembuskan nafasnya yg terakhir di pangkuan saya dlam pelukan saya dia meninggal dlam pelukan saya..syg ampunkan segala dosa2 b,syg halalkan segala mkn minum b,apa jadi dkat b syg redho,,sempat saya bisikkan dkat telinga arwah semasa saat akhir hayat dia..alfatihah @Nabella Azman

♬ bunyi asal – eyjatghazali – eyjatghazali

@eyjatghazali Malam terakhir arwah bella,sempat suap nasi untuk arwah,,arwah selera makan mlm tu rpanya itulah makan terakhir arwah..dlam hati terdetik kata wife aku dah semakin sihat rpanya hanyalah untuk buat kita ingt dkat dia yg itu adalah perubahan diri dia yg kita tak nmpak..patut bnyk kali arwah mintak suapkan boleh..lpas mkn tu dia request nak masuk baring dkat dlam bilik kami sat. Sbb masa dia sakit tu kami duduk dlam bilik dekat dgn mak sbb senang mak nak pantau dia masa saya takdak..rupanya dia nak nikmati sisa kenangan dlam bilik tu untuk kali terakhir seolah2 mcm dia tau tu adalah mlm terakhir dia dlam bilik kami..esoknya tepat pukul 2.10 minit ptg bella menghembuskan nafasnya yg terakhir di pangkuan saya dlam pelukan saya dia meninggal dlam pelukan saya..syg ampunkan segala dosa2 b,syg halalkan segala mkn minum b,apa jadi dkat b syg redho,,sempat saya bisikkan dkat telinga arwah semasa saat akhir hayat dia..alfatihah @Nabella Azman ♬ bunyi asal – eyjatghazali

permintaan terakhir isteri

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan beriman di sisi Tuhan yang esa.

Sumber: Eyjatghazali

Baca juga: Pelanggan Review Makan Makanan Di Kieda Crepe Rasa Macam ‘Pungkoq’, Respond Kieda Buat Ramai Respect!

tags: |