Dalam ekonomi yang terumbang-ambing ini, harga jualan makanan dilihat semakin meningkat dan kian terasa peningkatannya.
Hal ini berlaku kerana peningkatan harga bahan mentah yang menyebabkan peniaga terpaksa meningkatkan harga jualaan mereka untuk menanggung kos jualan modal dan kos lain yang berkait.
Tetapi, ia bukanlah alasan untuk menaikkan harga dengan sewenangnya hingga mengaut untung yang besar dan berlebihan.
Seperti yang dikongsi oleh seorang pelanggan yang membeli makanan daripada peniaga di salah sebuah tapak event, di Stadium Malawati, Shah Alam, dia terkejut kerana dicaj harga yang baginya harga cekik darah.
Di dalam video tersebut, dia menunjukkan bahawa dia telah membeli 5 cucuk-cucuk pelbagai jenis dan segelas air laici dengan harga jumlah RM19.
“Kau tengok ni, cucuk-cucuk ni ada dalam 5 lah. Aku pun tak tahulah, untuk cucuk-cucuk dengan air ni total RM19 geng.
“So aku datang untuk pergi konsert dekat Stadium Malawati, so cucuk-cucuk dengan air ni total RM19 geng. Fuhlamak! Betul-betul kaw-kaw harga dia.
“Tambah RM1 je boleh dapat footlong Subway. Haaa siapa yang datang dekat sini tu hehehehe kalau nak datang kati sini tu makan siap-siap,” katanya dalam video makanan food event itu.
@syafiqunil98 Tambah rm1 je bleh dapat 1footlong Subway 🤣 haaaaa sapa yg datang kat sini tu hehehehe klu nak dtang makan siap” tau😂😂😂 #fypシ #sibudaksubway #fypmalaysia #hujan
@syafiqunil98 Tambah rm1 je bleh dapat 1footlong Subway 🤣 haaaaa sapa yg datang kat sini tu hehehehe klu nak dtang makan siap” tau😂😂😂 #fypシ #sibudaksubway #fypmalaysia #hujan ♬ original sound – Syafiq Unil
Meninjau ruangan komen, ramai juga yang bersependapat bahawa harga jualanan makanan di mana-mana event sememangnya dikenakan dengan harga yang berlipat kali ganda.
“Satu nak cakap, food event ke atau food truck ke makanan memamng mahal. Better pergi pasar malam je beli,” komen seorang pengguna TikTok pada video makanan food event memang mahal.
“Biasa bro tapak event. Aku terkena dengan kawan aku haritu dekat JB beli air 2 tanya harga duit dan standby dekat tangan RM10. Noh sekali RM16 daaaa,” tulis netizen lain dengan nama aJyoooo.
Kesimpulan secara umumnya, tidak tertumpu kepada isu dalam video ini sahaja, mungkin faktor membayar tapak sewa dalam mengejar pulangan pusingan modal menjadi sebab utama harga jualan mahal.
Tetapi janganlah sehingga mengambil kesempatan kepada pengunjung dan pelanggan.
Sumber: Syafiq Unil