Restoran The Chicken Rice Shop sudah tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Ia terkenal kerana menyajikan Nasi Ayam yang beraroma dan enak pada harga yang berpatutan.
Tapi jangan ingat Nasi Ayam sahaja yang terkenal di sini. Kalau anda tak rasa nak makan nasi, di sini kami senaraikan 10 hidangan lain yang anda wajib cuba di The Chicken Rice Shop!
Tak perlu ke Pulau Pinang dah kalau nak makan rojak yang sedap dan segar, di The Chicken Rice Shop pun ada!
Bagi penggemar rojak, ia antara hidangan yang wajib dipesan dan berkongsi bersama keluarga atau kawan-kawan. Rasa manis dan segar buah-buahan menjadi gandingan yang sesuai dengan kuah rojak yang manis, pedas, masam dan pekat likat.
Salad tradisional dari Indonesia ini turut dihidangkan di The Chicken Rice Shop. Nikmati pelbagai jenis sayuran, telur rebus dan tofu bersama kuah kacang yang dicurah di atas.
Di The Chicken Rice Shop, kuah kacang Gado-Gado yang disediakan tidak lah terlalu manis dan seimbang dari segi rasa. Malah, ia menjadi pilihan ramai pelanggan.
Wanton di The Chicken Rice juga merupakan hidangan sampingan yang anda wajib cuba. Kulit wanton yang digoreng hingga garing bersama inti udang yang segar dan manis sesuai dicicah bersama sos cili yang disediakan. Satu tentu tak cukup!
Tak rasa nak makan nasi atau mi? Cuba lah Famous Stuffed Fish Ball ini. Satu mangkuk penuh dengan bebola ikan, memang kenyang perut.
Berbeza dari Sai To Fish Ball, Famous Stuffed Fish Ball di isi dengan inti. Kalau nak tahu, ini juga menjadi pilihan ramai, terutamanya mereka yang sukakan sup dan ingin berdiet.
Siapa kata di The Chicken Rice Shop tiada kari? Di sini anda boleh menikmati kari ayam yang dimasak dengan cara Hainan. Jika anda tak begitu suka pedas, di sini lah anda boleh cuba kari yang beginner-friendly.
Paling disarankan untuk pesan hidangan ini bersama roti canai untuk dicicah.
Hidangan ini sudah tidak asing bagi penggemar The Chicken Rice Shop. Malah, ia sering disertakan dalam pelbagai set. Tofu yang dikukus dan dicurah dengan sos tiram ini sedap dimakan bersama hidangan lain. Ia juga sesuai bagi anda yang mahu berdiet.
Satu lagi hidangan sampingan yang terkenal dan sangat sihat, ia merupakan sayur pak choy yang telah dikukus kemudian disediakan bersama sos tiram. Selain boleh dipesan secara ala carte, hidangan ini turut disediakan dalam set.
Satu lagi pilihan popular bagi anda yang tak mahu makan nasi di The Chicken Rice Shop. Menggunakan resepi asli, laksa dihidangkan bersama kuah kari yang berkrim dan cukup seimbang rasanya.
Penggemar kerabu boleh juga nikmati kerabu mangga di The Chicken Rice Shop. Rasa mangga yang masam manis menjadi pelengkap untuk hidangan utama anda.
Tempat pertama jatuh pada Pai Tee! Tiap kali pergi ke mana-mana cawangan The Chicken Rice, ia selalu dipesan. Rupa sama seperti tart, Pai Tee diisi dengan pelbagai sayuran. Sebiji tak cukup, memang wajib pesan banyak terus!
Dari senarai ini, yang mana satu anda pernah cuba dan menjadi kesukaan? Lain kali bila ke The Chicken Rice Shop, cuba lah hidangan yang telah disenaraikan ini.
Kredit: The Chicken Rice Shop
Baca Juga: Asyik Repeat Air Tealive Yang Sama? Ini 13 Menu Tealive Yang Sedap Dan Wajib Anda Cuba